Thursday, December 08, 2011

Seksanya nak menukar jam biologi ni..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Okay, mula2 sekali aku nak tanya, korang tau tak apa benda menatang jam biologi tu..?? Jam biologi atau lebih mudah dikenali sebagai biological clock ialah errr..... Alamak, aku pun tak tau macam mana nak terangkan dekat korang semua..

Jadi aku memohon maaf lah sekiranya korang berasa sangat hampa apabila mengetahui yang aku tak dapat nak memberikan penjelasan tentang biological clock ni.. Sebenarnya macam ni, korang tau kan yang badan kita ini boleh disetkan untuk tidur pada jam berapa yang kita nak tetapkan..

Tapi oleh kerana aku ni telah tersetkan mengikut jam tidur bagi seekor kelawar, so aku terpaksa untuk berjaga pada waktu malam dan tidor di siang hari.. Adeh, kadang2 tension jugak bila jadi macam ni.. Yelah, kalau dah masa malam cuma aku sorang je yang berjaga..

Apa yang boleh aku buat sangat..?? Main komputer jelah, itu pun sekarang ni aku dah bosan dengan game2 yang ada dalam komputer tu..huhu. Nampaknya aku kena cuba lagilah supaya dapat membetulkan kembali masa tidur aku kearah yang lebih elok..

P/s : Err, tidur yang cukup ialah sebanyak 6 jam kan..??

Tuesday, December 06, 2011

Mimpi indah buat si jejaka..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Ku lihat dia sedang berdiri di sana..

Berlatar belakangkan taman bunga yang indah..

Aku segera berlari pergi mendapatkan dia..

Tatkala itu aku hanya dapat merasakan perasaan yang sangat bahagia..

Dan perasaan itu telah membuatkan aku tersenyum ketika aku berdiri dihadapanya..

Ku renung wajahnya dan dia juga merenung mata ku..

Entah mengapa aku seakan2 merasa tenang sahaja..

Tiba2 dia bersuara..

"Bangunlah sayang ku, kuatkan lagi semangat mu ya.."

Begitulah kata2 yang keluar dari mulutnya..

Dan disaat itu lah dengan secara tiba2 aku tersedar dari tidur aku..

Aku bangun dan aku juga merasakan sesuatu..

Rupanya2 ada sekeping gambar di tangan ku dan gambar itu ialah gambar dia..

P/s : Entry ini telah ditaip ketika si penulis sedang boring sebab tak boleh nak tidur..huhu

Monday, December 05, 2011

Game seram yang paling Horror...!!

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Pergghh, dah lama gila aku tak update2 blog ni.. Last entry aku ialah pada errrr, korang lah yang tengok sendiri, aku malas pulak nak pergi check..hehe. Tapi apa2 pun sebelum aku memulakan mukadimah untuk entry ni, aku nak minta korang ketepi dulu sebab aku nak sapu habuk2 yang ada dekat dalam blog ni..

Okay, dah siap dah.. Ya, menurut daripada tajuk dekat atas tu, aku macam nak buat review tentang game.. Tapi untuk pengetahuan korang, aku ni sebenarnya tak reti nak review mereview ni.. So kiranya ini aku cuma nak sharekan dekat korang lah macam mana perasaan aku tentang game ni..




Gamenya bertajuk Fatal Frame, nah tengoklah wallpapernya dekat sebelah tu.. Game ni menggunakan plantar/konsol PS2.. Ada 4 siri kesemuanya dan siri yang ke-4 menggunakan Wii.. Game seram dari Jepun ni memang betul2 mencabar keberanian sesiapa sahaja..

Kalau ada orang yang main game ni tapi cakap yang dia tak takut, itu tandanya yang dia tipu atau dia tu takde perasaan.. Aku yang main kejap dekat rumah kawan aku pun asyik terbayang wajah2 hantu dalam game tu..huhuhu

Jadi, sesiapa yang rasa nak menguji tahap keberanian tu, boleh lah cuba main game ni.. Aku nak ingatkan, bagi mereka yang lemah semangat, jangan lah cuba2 main game ni sebab ia mampu membuatkan demam selama 2 minggu (bergantung kepada tahap semangat korang)..

Okay, itu jelah yang aku nak tulis buat masa sekarang.. Kalau yang takde PS2 tu, korang cuma boleh tengok walkthrough dekat youtube jelah ye.. Kalau tak pun korang pinjamlah PS2 sepupu korang ke, jiran korang ke atau korang pergi beli terus ke..hehe

P/s : Game ni ada dalam versi bahasa Jepun dan bahasa English..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...