Nak tau kenapa ada pic itik panggang ni..? Baca entry ni sampai abis dulu ye..hehhe |
Owh, aku ada dengar orang sebut password.. Siapakah gerangan orang yang telah berjaya merungkai misteri yang telah sekian lama tersimpan ini..?? Hmm, nampaknya orang tu pergi makan, so tak dapat lah aku nak bagi hadiah..hehhe
Hahha, sebenarnya macam ni.. Ini kisah yang berlaku di FB aku, laa ada yang tak tau ke FB tu apa..?? FB tu ialah Feri Berlayar.. Err, macam pelik je maksud FB tu..? Memang lah pelik, sebab dah bukan itu jawapannya.. Jawapan yang sebenarnya ialah Facebook, aku saje je tulis macam ni walaupun aku rasa semua orang yang baca ni dah tau apa maksud FB tersebut..
Alkisahnya ialah, pada suatu hari, aku terpaksa menukar password FB aku atas sebab berlakunya kes kebocoran
Tiba2 satu tragedi berlaku pada keesokan harinya iaitu selepas sahaja aku siap mandi, aku bukak FB aku.. Maka setelah aku memasukkan segala maklumat yang diperlukan seperti menggunakan cap jari, pengesanan anak mata, tiba2 aku terkejut kerana aku tidak dapat login masuk..
Apakah yang telah terjadi..?? Adakah aku telah tertinggal sesuatu yang penting..?? Aku rasa aku telah taip dengan betul iaitu itikpanggangsedap.. Macam mana boleh salah ni..?? Pelbagai persoalan datang menyerbu kebenak fikiran aku ini..
Akhirnya barulah aku sedar, rupa2nya aku terlupa untuk letakkan nombor 209 dibelakang password aku itu.. Patutlah tak boleh nak login, maklum lah aku ni jenis tak suka tukar password, so bila sekali dah tukar, mula lah aku ingatkan pada yang lama..
So, pengajaran dalam entry kali ini ialah.. Ketahui lah bahawa itikpanggangsedap209 itu adalah password fb aku, so sesapa yang berani nak cuba, boleh lah try ye..hahhaa. By the way, sorry jugak sebab aku dah lama sangat tak update blog ni, maklumlah baru abis exam lah katakan..