Sunday, February 13, 2011

Sebab aku tak komen dekat entry korang..

Salam semua especially to bloggers la, tapi bagi yang bukan blogger pun tetap aku specialkan..hehe. Korang mesti nak tau kan apa cerita di sebalik tabir tajuk di atas kan.. Ala, macam biasa juga, bagi sesiapa yang tak nak tau tu, aku tetap juga nak bagitau dekat sini..^^

Aku ni walau pun masih sangat2lah baru lagi di dunia blog ni, tapi berbekalkan pengalaman sebagai bomoh yang sebenarnya aku tipu ni, aku rasa sudah hampir boleh untuk aku bagitau beberapa sebab yang aku jumpa kenapa aku tak jadi komen dekat entry korang tu... Antara senarai yang aku dapat bagi ialah...

* Tempat komen takde..
Yang ini tak banyak sangat aku jumpa, tapi memang agak menyedihkan juga la bila aku rasa nak komen, tapi tempat komen pula aku tak jumpa.

* Ramai orang dah komen..
Kadang2 aku tengok dekat entry korang tu ada yang sampai 20 lebih orang komen, aku nak gak la menambah tapi bila aku baca komen2 tu tiba2 aku rasa tak jadi nak bagi komen aku ni sebab apa..?? Sebab dah ada orang komen benda yang sama dengan apa yang aku nak komen kan tu..

* Tempat komen bukan jenis pop up..
Aku rasa semua tau yang orang lagi selesa dengan komen jenis pop up ni sebab tak payah nak open page yang sama lagi..

* Tak tau nak komen apa..
Ini memang biasa berlaku dekat aku, mungkin korang pun sama juga kot.. Entry dah best dah bile baca, tapi time nak komen tu macam tak tau nak tulis apa.. Aku tak nak la setakat tulis 'Nice entry' je, sebab itu bukan cara aku nak bagi komen..

* Takde mood nak komen..
Benda ni agak jarang la berlaku dekat aku walau pun kadang2 ada juga terjadi.. Kalau sampai macam ni aku memang tak dapat nak bagi komen aku dekat entry korang.. Antara sebabnya ialah aku dah mengantuk sangat masa tu atau pun internet aku slow macam slowpoke.. (korang tau tak apa tu slowpoke)

Walau macam mana pun, aku tetap juga akan cuba memberi komen2 dekat entry korang sekiranya aku rasakan ada benda yang aku nak sampaikan.. Ini semua adalah antara sebab dari aku, tapi kalau korang aku tak tau la pulak, mungkin ada yang sama juga kot.. Sekiranya korang ada benda yang nak di bangkang, silalah bangkang di tempat komen tu ye..hehe

14 comments:

Misty Melor said...

ya.... betul tu.. tapi walaupun komen dah banyak atau apa sekali pun.. kita yang membaca dan mengomen dapat membuatkan mereka itu rasa dihargai dan seterusnya dapat membuatkan mereka mengeluarkan idea yang lebih menarik...

optionshif3 said...

kadang-kadang boleh buat macam artis yang kontroversi...NO COMMENT NO COMMENT...hehehe..

zati embong said...

xpernah jumpa tempat comment?betul.siap menggeledah cari.konfius betul den mana tersorok O.o

woot-woot said...

hahha..bagos entry ni..thumbs up ! :)

Jey said...

setuju2..pendapat kita sama..dan 1 lagi,
kenapa aku tak post entry macamni.. sebab kamo dah buat dulu dari gwa
ngeh3x

Ammar said...

Blog Ammar jenis pop up...datang lah komen no..bhahahaha.. Insyaallah setiap komen akan dibalas

KUREKURE COMEL said...

ayooo..hehehe...sekurang kurang dgn satu perkataan yg kite komen...dpt menaikkan semangat tuan blog...
seolah olah sgt dihargai...

tak kisah la xde idea nk komen...
betul tak...huhuhu....

just say 'like'..tu pun sudah ckup..

Anonymous said...

betul kata comel..heheh

ayin~weeweet said...

ohhh ok.sekarang sy fhm hehehe

zazaw said...

aku seronok komen cerita org
kalau kelakar aku gelak
kalau sedeh aku komen sedeh aaa
:)

kpah k-poh Sharifahnor said...

malaslah nak komen...ini kira komen jugak dik...

Anonymous said...

emm..slowpoke tu ape erk?heee

miz ana said...

ang mmg rajen meng0men kat post org.. so,,entry bagai tidak serasi mahupun seswai ataupun perlu untuk disiarkan.. hek3~~ joking.. blog ang kan.. ana lak sibok.. hak3~~ XD

Sukahatiadam said...

good info..thanks.. i learned smthg valuable here

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...