Thursday, February 10, 2011

Hantu gula-gula

Salam semua blogger and sesiapa saja yang sedang membaca entry ini.. Akhirnya siap juga assignment aku tadi, so disebabkan itu boleh la aku nak postkan entry baru ye.. Boleh ke tak ni, macam tak boleh je, kalau tak boleh pun aku tetap nak postkan juga.. Kalau aku tak postkan macam mana korang nak baca ye tak..

Malam ni adalah malam jumaat, kalau malam jumaat keliwon tu aku tak tau la bile pula ye sebab aku bukan orang jawa tulen.. Di sebabkan itu, suke benar la aku kalau aku nak meluahkan cerita yang tiba2 je dah datang dalam kotak fikiran aku ini.. Cerita ini adalah kisah dari adik aku, ini adalah benar2 bukan cobaan cerita tipu yang macam aku selalu buat tu.. Tapi kalau adik aku tipu maknanya tipu juga la cerita ini..

Adik aku sekarang ni duduk di sekolah berasrama, asrama ini tujuannya adalah untuk berasrama para pelajarnya dapat menumpukan perhatian mereka dalam bidang pelajaran.. Namun bukan itulah yang aku nak cerita kan, tapi cerita tentang kejadian2 aneh yang berlaku di dalam asrama mereka.. Terdapat beberapa cerita, tetapi cerita yang membuatkan adik aku tak tidur malam katanya adalah ketika dia telah ternampak sesuatu yang menakutkan dia.

Ceritanya berlaku pada 3 minggu selepas hari persekolahan.. Ianya bermula begini, masa itu adik aku dan kawannya baru pulang dari kelas selepas mengulang kaji pelajaran.. Setelah mereka sampai ke bilik atau dorm, mereka pun mula lah mengemaskan barang untuk sekolah keesokan harinnya.. Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam dan lampu bilik sudah mula ditutup pada masa itu..

Adik aku seperti biasa cuba melelapkan mata, tetapi dia tidak tau kenapa pada malam tu dia tidak mampu untuk tidur.. Kalau diikutkan, dia tidak tidur petang kerana ada aktiviti riadah, tetapi dia masih juga tidak boleh tidur.. Tiba-tiba ada bunyi ketukan dari tingkat atas, adik aku cerita katanya di tingkat atas itu sepatutnya tiada orang duduk kerana bilik atas tu memang tiada orang masuk lagi..

Adik aku cuba memanggil kawannya yang tidur di katil atas, dia tanya adakah kawannya itu turut mendengar bunyi itu.. Kawannya menjawab yang bunyi itu mungkin bunyi cicak atau haiwan2 lain.. Maklumlah, adik aku ni lemah sikit semangatnya, sebab tu dia asyik terfikir bukan2.. Bunyi ketukan itu hilang sebentar selama lebih kurang 10 minit, tetapi bunyi itu datang semula dan kali ini lebih kuat pula..

Dia mula membaca ayat kursi supaya dia dapat menguatkan semangatnya, sebab aku pernah cakap dekat dia yang hantu setan ni suka pada orang yang lemah semangat.. Semakin dia baca semakin kuat pula bunyi ketukan itu.. Tiba2 kawannya turun dari katil dan mengajak adik aku pergi ke tingkap bilik, adik aku yang masa tu cuba mengawal ketakutannya mengikut saja kawan dia tu..

Korang nak tau tak apa yang adik aku and kawan dia nampak bila dorang mengitai dekat tingkap bilik tu..?? Kata adik aku lah, dia kata yang dia dan kawan dia tu nampak macam ada hantu gula2 a.k.a pocong sedang melompat2 di kaki lima dorm dorang tu.. Selepas je nampak benda tu, dorang terus tidur sama2 kat satu katil dan esoknya hebohlah satu sekolah tentang cerita pocong yang datang mengacau asrama semalam..

Aku bukan lah tak nak percaya cerita adik aku tu, cuma aku kurang sikit kepercayaan terhadap benda2 mistik.. Kalau ikut pendapat aku benda yang dorang nampak tu mungkin hanya ilusi dorang je.. Tapi walau macam mana pun aku tau cerita yang masa asrama tu tengah di buat memang ada berlaku kejadian aneh sehingga menyebabkan kematian.. Wallahualam..

3 comments:

Edda said...

hantu gula2.. ingatkan nak citer pasal suke makan gula2.. hakhak.. eeeeeeeeeee, tetibe seram~

rayne rawt rawt said...

takut hantu :(

fieyza.rz said...

ishhh, dasat tul citer nihh. ekekeke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...