Berita tergempar, sebuah bangunan hotel telah wujud dari tanah secara tiba2.. Berita yang menggemparkan ini telah tesebar keseluruh negara dan ramai ahli saintis sedang mencuba merungkai kejadian aneh yang berlaku itu.. Terdapat beberapa saksi kejadian yang menyatakan bahawa satu pancaran kilat telah menyambar tanah sebelum hotel itu tiba2 muncul..
Semuanya bermula pada suatu malam yang tenang di sebuah bandar, seorang gadis yang berusia dalam lingkungan 20-an baru pulang dari kerja dan dia secara tiba-tiba terkejut apabila satu panahan kilat menghentam bumi.. Menurutnya, cahaya yang teramat terang memaksa dia untuk menutup matanya dari melihat silauan cahaya itu.. Dalam area 10 saat kemudian, gadis itu terkejut
Dalam masa kurang dari 30 minit sahaja kawasan itu telah dipenuhi dengan penduduk yang tinggal disitu.. Masing2 mahu melihat bangunan yang dinyatakan, dan rata-rata semua orang kagum apabila melihat bentuk hotel itu.. Tidak lama kemudian muncul pula wartawan dari semua media termasuklah wartawan dari akhbar-akhbar.. Berita yang amat mengemparkan itu telah membuatkan ramai saintis mahu turun padang dan mencari apakah punca yang hotel itu boleh muncul dari tanah..
Setelah saintis dari dalam negara tidak dapat merungkai misteri kewujudan hotel itu, pihak kerajaan telah membenarkan saintis dari luar negara pula membuat kajian dan siasatan tentang perkara yang luar biasa itu.. Malangnya, tidak ada seorang pun dari mereka yang dapat mencari jawapan yang logik tentang kejadian aneh ini.. Pihak kerajaan telah melarang sesiapa pun untuk masuk ke dalam hotel itu untuk mengelakkan berlaku kemusnahan terhadap bangunan yang dianggap aneh itu..
2 hari selepas itu, seorang bapa membawa anaknya yang berusia 10 tahun untuk melihat hotel yang orang ramai anggap sebagai satu keajaiban.. Setelah mereka puas mengelilingi hotel itu maka terhasillah dialog seperti di bawah..:
Anak : Ayah, apa benda yang ajaib sangat tentang hotel ni..?
Bapa : Ko tak tau ke, kuno betul la ko ni, eh ko ni anak sapa ye..?
Anak : Anak ayah la, takkan dah lupa pulak, nyanyuk apa ayah aku ni.. Cepat lah ayah, bagitau lah apa yang peliknya dengan hotel ni..??
Bapa : Oh, betul gak tu, kalau ko bukan anak aku buat apa aku sembang dengan ko betul tak.. Macam ni, sebenarnya hotel ini dikatakan telah muncul dari tanah..
Anak : Tapi kan memang patut yang hotel tu muncul dari tanah..?
Bapa : Eh, ko ni tak belajar lagi ke haa, kan kalau nak buat hotel kena buat dari batu-batuan konkrit, mana ada hotel dari tanah..
Anak : Ayah, saya ni baru 10 tahun, mana belajar lagi tentang cara2 nak buat bangunan ni ayah..
Bapa : Betul jugak tu, kenapa aku ni sengal sangat hari ni, buat malu je (monolog dalam hati).. Apa2 jelah, yang penting kita tak boleh masuk kedalam hotel tau anak ku..
Anak : Saya tau ayah, lagipun kita memang tak boleh nak masuk pun..
Bapa : Eh, macam mana pula ko boleh tau yang kerajaan tak benarkan kita masuk dalam hotel ni..??
Anak : Ala, kalau kerajaan tak bagitau pun kita memang tak boleh nak masuk juga..
Bapa : Kenapa pula ko cakap macam tu..??
Anak : Yelah, ini kan busut, hotel bagi SEMUT.. Macam mana kita nak masuk..
Bapa : (Tersipu-sipu malu dan menyorok di belakang tandas awam)...
Okay, ini adalah contoh entry cerita dari intro 3 yang aku bagi semalam.. Kepada sesiapa yang nak buat cerita tapi takde idea boleh la join ni ya>> klik sini..
Tarikh tutup ialah pada malam ni jam 8 malam paling2 lambat pun mungkin 8.30 kot.. Salam hari jumaat semua..^^
No comments:
Post a Comment