Apa benda yang aku suka buat tu ye..?? Okay aku bagitau dekat korang ye, sebenarnye cerita nya macam ni.. Pada suatu malam yang dingin, ketika aku sedang makan biskut cicah kopi.. Datang lah seorang awek ni, dia tanya aku kenapa aku ni hensem sangat.... Opsss, salah cerita ni, sila abaikan apa yang korang baca tadi.. Sebenarnya ada seorang blogger yang tanye aku dekat kotak jerit (shoutmix) aku tu.. Begini bunyi soalannya..
Di sebabkan pada masa itu aku tak sempat nak menjawab di shoutbox beliau, maka aku akan jawabnya di entry ini.. Ala, lagi pun aku tau yang blogger lain pun mesti tertanya juga kenapa aku suka buat cerita yang mulanya saspen tapi bila lastnye jadi tak saspen dan entah apa2 pula.. Aku rasa beliau bertanya soalan tu lepas dia baca cerita di entry Hatiku hancur ni kot.. Korang baca betul2 tau, nanti tak payah la aku nak tulis lagi sebab korang pun boleh baca ulang2 kali..
Sebenarnya aku ada sedikit masalah bila nak buat cerita ni.. Masalahnya ialah masa aku tengah tulis cerita, nanti masa part ending tu idea aku yang asal akan hilang dan datang idea lain pula.. Kalau idea yang baru tu lagi best takpe, tapi idea tu keluar dari tajuk asal cerita pula.. Di sebabkan itu lah aku terpaksa menulis ending yang lari dari tajuk, untuk menambahkan kesedapan korang membaca tu aku buatlah editing dekat ayat yang baru tu supaya boleh la ada unsur2 humor bukan hormon tau..
Lagi satu sebab ialah macam yang dekat tajuk di atas lah.. Aku memang suka buat macam tu, so korang baca jelah entry yang aku postkan ni dengan perasaan khusyuk dan tenang.. Kalau korang baca dalam keadaan marah or sedih, aku rasa lebih baik korang pergi ambil air sembahyang dan tarik nafas dalam2.. Eh, dah macam program ceramah pula kan..
Aku buat entry ni sebenarnya kerana aku tengah tiada idea yang sesuai untuk aku postkan malam ni..
Tadi pun aku tibe2 teringat dengan soalan blogger tersebut, maka aku tulislah entry ni untuk menjawab persoalan dia tu.. Bagi sesiapa yang selalu mengikuti blog aku ni, mungkin dorang akan perasan yang aku banyak buat entry jenis suke-suke.. Kalau korang nak bace cerita yang macam tu korang tengok jelah dekat label suke-suke ye..
1 comment:
hehe..
followed you !
Post a Comment