Friday, February 04, 2011

Patut ke aku..

Salam semua blogger, korang dah makan, dah mandi, dah gosok gigi..?? Eh, banyak tanye pula aku ni kan, tapi kalau korang nak jawab pun apa salahnya betul tak.. And kalau korang betul2 nak jawab semua persoalan aku tadi, korang boleh hantar jawapan korang ke nombor ini >> 01maxis- 32*03*0.. Cepat2 aku tunggu ni..hehe

Okay, abaikan apa yang aku merepek dekat atas tadi.. Sebenarnya aku nak tanye korang sesuatu ni, katakanlah ada seorang lelaki/perempuan datang dekat korang dah tiba2 dia kata dia nak pinjam hanphone korang, korang bagi tak..?? Aku bukan sengaja tanye macam ni, tapi ada cerita di sebalik persoalan tadi.. Korang nak baca tak ceritanye, kalau tak nak baca aku tak payah tulis.. Tapi walau apa pun jawapan korang tu aku tetap gak nak cerita..^^

inilah BUKAN handphone aku..
Macam ni, hari tu masa aku pergi kedai nak beli sedikit barang, tiba2 datang seorang lelaki menghampiri aku.. Aku bukanlah takut bila lelaki tu datang dekat aku, tapi cara dia datang dekat aku dengan gaya ala2 gengster, lantas membuatkan aku mula fikir bukan2.. Kemudian dia tanya aku yang aku ada handphone ke, aku pun jawablah ada.. Lepas tu dia kata yang dia nak pinjam sekejap sebab nak telefon kawan dia..

Entah kenapa tiba2 aku teringat cerita orang curi telefon dengan menggunakan taktik pinjam ni.. Aku pun cakaplah yang handphone aku tak ada kredit, tapi dia beria2 juga nak pinjam telefon aku and dia cakap yang dia nak guna kad sim dia.. Aku pun keluar kan lah telefon aku dan bila aku tengok rupanya bateri phone aku tu dah kosong..

Aku cakaplah dekat orang tu yang phone aku dah habis bateri, and dia pun blah macam tu je.. So, pada pendapat korang, adakah aku ni bernasib baik sebab tiba2 phone aku tu habis bateri..?? Adakah lelaki itu betul2 nak pinjam handphone aku..?? atau lelaki itu sebenarnya seekor makhluk asing (merepek lagi aku ni..).. Dan pelbagai lagi persoalan yang boleh korang tolong fikir kan untuk aku.. So sekarang korang boleh la jawab mana2 persoalan yang ada dalam entry ni ye..hehe

7 comments:

Epul said...

naseb baik jugak. kita jgn pcye kat org yg kita tak kenal. org tu pon g pkai public fon ckop laa! :)

Misha Ieza said...

i like blackberry..nice hp..=)

♥ AyaHikari ♥ said...

mungkin org tu ade niat x baik sbb dia blah cam tu je.kalo dia ckp time kaseh,xpe ke,ape ke..blablabla..mgkin mmg nk pjm btol.len kali bagi duit je,seposen 2,p gune public phone.haha :P

KUREKURE COMEL said...

bahaye cmtu....lain kali cepat2 lari...tp takut dilepuk pulak kan...

mcm2 la org zaman skrg ni...huhuhu

Arpiiz said...

epul: kalau orang yang aku kenal mngkin gak la bagi pinjam..

xia misha: ske black berry, strawberry tak suke..hehe

ayahikari: haha, tp dia tak mntak cmne nak bagi seposen 2 tu..^^

mina: itulah, tapi kalau lari ntah2 betul pula dia nak pnjam kan..

Unknown said...

orang tu gila.

aku rasa, lah.

eyna azmi said...

kalau orang ank pinjam bagi dia dua posen suruh dia p public phone

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...