Thursday, February 03, 2011

Masalah buat bloggers..

Salam semua bloggers, hari ni aku nak ceritakan tentang satu masalah yang akan dan mesti dihadapi oleh setiap blogger2 yang ada dekat luar tu.. Masalah ini akan datang tak kira sama ada blogger tu seorang senior/otai atau yang junior/newbie.. Senang cerita yang masalah ini akan datang selagi seseorang itu bergelar blogger..

Masalah ini lah yang sangat merbahaya dikalangan blogger di seluruh dunia, masalah yang boleh menyebabkan seseorang itu putus asa dalam meneruskan hidup blog mereka.. Sudah ramai yang yang tewas dalam menghadapi masalah ini tetapi ramai juga yang masih survive dan meneruskan karier blog dorang.. Para saintis telah membuat pelbagai kajian untuk mencari penyelesaian untuk masalah ini..

Pelbagai andaian telah dikatakan oleh orang ramai, antaranya mereka mengatakan bahawa ini adalah sumpahan nenek moyang mereka bagi sesiapa yang mula membuat blog.. Ada juga yang mengatakan bahawa ini adalah kerja musuh bagi seseorang blogger.. Tak terkecuali juga ada mereka yang berpendapat bahawa ada satu makhluk yang kerjanya memberikan masalah ini kepada para bloggers.. Bagaimana pun menurut para saintis, semua andaian itu tidak benar belaka kerana mereka sendiri belum menemui sebab yang kukuh untuk masalah ini..
jika di biarkan boleh menyebabkan stress yang melampau..

Di sini aku senaraikan beberapa kesan yang boleh terjadi jika seorang blogger itu boleh terlibat dalam masalah ini dan jika dia membiarkannya..
*Stress yang melampau..
*Blogger tersebut juga tidak akan lalu nak makan..
*Akan menjadi ahli dalam Hospital Tanjung Rambutan tersangatlah tidak masuk akal..
*Kemungkinan blog itu akan ditutup tersangatlah tinggi..
*Akan hilang nikmat untuk berblogging boleh terjadi juga..
*Blogger akan menghidap penyakit jantung..

Aku pasti, berdasarkan kesan2 yang aku catatkan dekat atas tu, korang mesti dah tau apa nama masalah ini kan, okay pada yang masih belum tau lagi meh sini aku nak bisik bagitau.. Makhluk di planet Apes memanggilnya sebagai The Darkness, manakala di planet Zargon pula menggelarnya sebagai Seceps.. Para saintis di bumi pula telah bersepakat untuk memberi nama dalam bahasa saintifiknya sebagai Perifhasio.. Tetapi walau macam mana pun, ramai yang menggelarnya sebagai...
..
...
...
...
...
...
..
...
....
....
...
...
..
...
...
...
..
....
MASALAH HILANG IDEA...

(Anda di nasihatkan untuk tidak mempercayai semua fakta yang sebenarnya auto auta.. Satu lagi entry merepek yang dihasilkan oleh aku..hehehe)

6 comments:

I.n.T said...

hahaha funny kikiki

tula kdg smpai tatau nk post hape.huha

KUREKURE COMEL said...

hahaha...sengal ek....ingat ape la td nk share...cisss...tertipu akhirnye..
hehehe

Nadhirah AR said...

dah agak ! memang adminnye nak merapu . huhuw~

Arpiiz said...

illy: kdg2 idea merepek je yg selalu datang..huhu

mina: haha, tertipu ke..^^

nadhirah: eh, cmne boleh tau ni, mesti terus tengok yg bahagian bawah..hehe

NUR AYNIE said...

wow~! byk nyer masalahhhhhhh....hik3x..

madah berhelah tol la...hihihi

FarizAtie said...

tau xpe..xde idea yg menarik follower punx rmi camne nih..bg tips sket...aiyaaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...