Monday, August 10, 2015

[Mumble Monday] Apa citer baru ni.??

Salam dan hai kepada para readers semua...

Haa, dah hari isnin dah rupanya, tapi masa aku taip entry ni dah masuk hari selasa dah. Haish, kenapa dengan tuan blog ni.? Makin hari makin lambat update entry, kalau makin lambat update nanti makin lambat lah nak buat blogwalk. Kesian dekat blogger yang menunggu kehadiran aku untuk singgah ke blog mereka yang indah lagi cantik itu.

Amboi, dah mula nak merepek lah tu. Ala, bukan selalu pun aku merepek, dah nama pun entry ni Mumble Monday, mestilah untuk merepek kan.. Okay, korang-korang semua, dekat entry ni aku ada benda nak share dekat korang semua tau. Tak kisah lah kalau korang tak amik kisah or tak nak amik tau pun, tapi aku tetap juga nak share dekat korang.

Dah buat bloglist baru dah.
Haa, seperti yang dinyatakan pada entry Mumble Monday minggu lepas. Aku ada cakap nak buat bloglist untuk blog ni sebab tuan blog ni pemalas ya amat nak pergi singgah dekat chatbox tu. Eh, korang yang komen dekat chatbox tu jangan lah marah pulak, chatbox tu tetap aku gunakan sebagai tempat untuk blogwalk, tapi aku akan singgah dekat blog yang ada dalam bloglist dulu lah.
Okay Yaya, saya dah tunaikan permintaan awak.hehehe
Terima kasih dekat sesiapa yang sudi menyusahkan diri untuk copy paste link blog korang dekat entry minggu lepas. Kalau ada sesiapa yang nak masuk dalam bloglist aku pun boleh gak, cuma paste kan link blog korang dekat komen entry ni pulak.

Dah dapat CPUV.
Time kaseh Nuffnang sebab bagi CPUV dekat blog saya.
Korang tau tak apa itu CPUV.? Aku sebenarnya tak tau pun, sebab masa aku berblogging dulu aku panggil benda ni sebagai BE atau dikenali sebagai Buffered Earning. Benda ni adalah jenis iklan Nuffnang yang korang letak dekat blog tu. Kalau iklan biasa jenis Cost-Per-Click, maknanya orang kena klik iklan dulu baru dapat duit.

Tapi yang ini pulak Cost-Per-Unique-View, maksudnya makin ramai orang masuk blog ni masa iklan ni disiarkan, makin banyak lah duit aku dapat. Hahahaha, amboi, penerangan jenis mintak penyepak je kan. Tapi aku bersyukur lah sebab sedikit sebanyak iklan ni boleh tambahkan pendapatan blog ni. Korang doakan aku ye supaya aku dapat kumpul duit blog sampai boleh beli rumah.

Hmm, rasanya sampai sini jelah benda aku nak bebelkan. Perenggan pun dah nak sampai ke tahap limitnya. So aku nak teruskan berblogwalking, korang nak ikut aku blogwalk tak.? Owh ye, aku list kan lah dekat sini blog yang dah masuk ke bloglist aku. Korang kena singgah tengok tau sebab dorang ni jenis rajin update.


P/s : Haa, dah promote kan ni boleh mintak upah lah kan.??hehehe

Sunday, August 09, 2015

[Story Sunday] Ku Tunggu Kamu Disini (Part 2)

Salam dan hai kepada para readers semua..

Sambungan dari Ku Tunggu Kamu Disini (Part 1)

Mendengarkan kata-kata Si suami tadi, semakin sebak dada Si isteri tadi dan kini tangisannya tidak dapat ditahan lagi. Dia segera memeluk badan suaminya dan menangis meminta agar suaminya tidak bercakap seperti itu. Si suami memujuk isterinya dengan tenang sambil membelai rambut isterinya yang panjang mengurai. Dia memberitahu lagi bahawa isterinya adalah insan paling istimewa buat dirinya.

Sepanjang malam itu mereka berdua tidak lepas berpelukan dan akhirnya Si isteri tadi tertidur diatas katil bersama Si suami. Cahaya pagi mula menerjah masuk ke dalam bilik di hospital itu. Suasana bising para doktor dan jururawat juga kedengaran di luar bilik itu. Si isteri membuka matanya dan dia terkejut kerana suaminya tidak lagi terbaring di atas katil itu.

Dengan perasaan cemas dan takut, Si isteri tadi mencari disegenap ruang bilik itu, termasuk di bilik air. Apabila dia tidak menemui suaminya, Si isteri bergegas keluar dan mencari doktor yang bertugas merawat suaminya. Tapi ada sesuatu yang pelik berlaku, apabila Si isteri bertanya kepada jururawat berkenaan nama suaminya, mereka mengatakan yang nama suaminya tidak ada didalam senarai pesakit.

Malah apa yang menghairankan jururawat, tiada pun nama doktor yang bertugas untuk merawat suaminya semalam. Si isteri bertambah kerisauan, dan didalam kerisauan itu juga dia menjadi bingung. Ada sesuatu yang tidak kena berlaku pada dirinya. Untuk menenangkan dirinya, Si isteri pergi ke bilik air untuk mencuci muka. Sebaik selesai sahaja dia mencuci muka, baru dia perasan yang pakainya berbeza dari apa yang dia pakai semalam.

Seingat dia, dia tidak pernah balik kerumah sejak malam tadi. Malah dia juga masih ingat yang dia terjaga dari bilik pesakit yang ada di hospital itu. Si isteri tadi mengambil keputusan untuk pulang ke rumah nya. Sewaktu dia mahu pergi keluar dari hospital, tiba-tiba ada seseorang yang memanggil nama Si isteri. Apabila dilihat, ada seorang lelaki berkaca mata sedang berdiri sambil melambai kearahnya.

Pada mulanya Si isteri tadi takut, memandangkan dia mempunyai pelbagai soalan yang tidak terjawab, jadi dia mengambil keputusan untuk bertanya kepada lelaki tadi. Lelaki tadi memperkenalkan dirinya sebagai Zaki dan dia mengajak Si isteri untuk berjalan di taman hospital. Si isteri hanya mengikut sahaja ke mana lelaki itu pergi dan akhirnya mereka duduk di sebuah bangku di bawah sebatang pokok.

Belum sempat Si isteri mengajukan pertanyaan, Zaki telah mehulurkan sepucuk surat dengan sampul berwarna putih kekuningan kepadanya. Dengan perlahan Si isteri membuka samput surat dan melihat isi kandungan surat itu. Dia terkejut kerana dia kenal dengan tulisan yang tertera pada surat yang dibacanya. Itu ialah surat daripada Si suami dan didalam surat itu memberitahu bahawa dia mungkin tidak akan hidup lama dan dia terlampau sayangkan isterinya.

Setelah selesai membaca surat itu, baru lah Si isteri sedar kembali. Apa yang dia alami semalam adalah sebuah mimpi dan mimpi itu ialah berkenaan memori malam terakhirnya bersama suami. Kemudian baru dia ingat lagi yang semalam adalah ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-15 dan kini sudah 10 tahun Si suami pergi meninggalkannya. Akhirnya Si isteri tersenyum apabila membaca ayat terakhir pada surat itu berbunyi "Ku tunggu kamu disini supaya kita dapat bersama kembali.".

P/s : Ala, baru nak tulis panjang2, tapi dah cukup perenggan dah..

Saturday, August 08, 2015

[Story Saturday] Ku Tunggu Kamu Disini (Part 1)

Salam dan hai kepada para readers semua...

Ada satu cerita berkenaan tentang satu pasangan suami isteri yang sedang dilamun cinta. Setiap hari mereka sentiasa dipenuhi dengan gelak tawa yang memberikan mereka kebahagiaan dan juga kegembiraan. Si isteri seorang yang pendiam tetapi selalu tersenyum, manakala Si suami pula seorang yang suka bergurau dan ada sahaja idea untuk menyakat Si isteri tadi.

Apabila waktu pagi, Si isteri selalu menyediakan sarapan untuk suami tercintanya dan apabila Si isteri sedang leka didapur itu lah Si suami akan senyap-senyap menyusup berdiri di belakang Si isteri dan menutup mata isterinya tadi sambil memberikan ucapan selamat pagi. Walaupun Si isteri tidak banyak bercakap, tetapi didalam hatinya penuh dengan kegembiraan dan dia sangat senang dengan apa yang dilakukan oleh suaminya itu.

Pada suatu hari, seperti biasa sebelum Si suami bergerak ke tempat kerjanya, Si isteri akan cepat-cepat memimpin tangan suaminya sehingga ke kereta. Sebelum dia melepaskan tangannya, Si isteri mengucup tangan suaminya itu sebagai tanda berharap yang Si suami akan selamat pergi dan pulang. Apabila Si suami tadi bergerak, maka bermula lah tugas Si isteri untuk mengemas rumah.

Selesai sahaja dia mengemas rumah, tiba-tiba dia terfikir untuk membuat kek kesukaan suaminya iaitu kek vanila. Memandangkan tugas mengemasnya pun sudah selesai, tanpa membuang masa dia pun segera menyiapkan bahan-bahan untuk membuat kek vanila tadi. Hampir 1 jam jugalah masa yang diambil oleh Si isteri untuk menyiapkan kek itu, namun semuanya berjalan dengan lancar.

Sewaktu menyimpan kek tadi ke dalam peti ais, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama Si suami di skrin telefonnya dan apabila dia menjawab, ada suara perempuan memberitahu bahawa Si suami tiba-tiba jatuh pengsan di pejabat dan kini beliau telah dihantarkan ke hospital. Tergamam Si isteri apabila mendapat berita yang sangat mengejutkan itu.

Ketika di hospital, Si isteri menunggu dengan sabar dan banyak berdoa agar orang yang dikasihinya itu akan selamat. Tidak berapa lama kemudian, doktor keluar dari bilik pemeriksaan dan memberitahu kepada Si isteri yang suaminya menghidap satu penyakit dan kini keadaan suaminya dalam keadaan kritikal. Bertambah terkejut Si isteri apabila diberitahu oleh doktor mengenai penyakit suaminya, kerana apa yang dia tahu suaminya itu selalu kelihatan sihat.

Malam sudah pun tiba, Si isteri terlelap di sisi Si suami yang terlantar diatas katil sambil memakai topeng oksigen. Dalam cahaya yang samar-samar itu, Si suami membuka matanya dengan perlahan dan dia lihat Si isterinya itu sedang memeluk erat tangannya. Si isteri terasa pergerakan tangan suaminya dan segera melihat keadaan Si suami, dia sangat-sangat gembira apabila melihat Si suami tersenyum.

Air mata nya sudah tidak dapat dibendung lagi, lalu mengalirlah ia jatuh turun ke pipi. Si suami yang melihat air mata milik isterinya jatuh, dengan segera mengesat air mata itu dan berkata yang dia tidak mahu melihat isteri kesayangannya menangis. Tambahnya lagi, jika benar masanya telah pun tiba, dia mahu isterinya itu menerima dengan hati terbuka.

Bersambung....

Ku Tunggu Kamu Disini (Part 2)

P/s : Alahai, aku ingatkan nak habiskan je cerita ni, tapi dah panjang sangat pulak. Korang nak cerita ni happy ending or sad ending.? Atau mungkin surprise ending.??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...