Ala, tentang blog dia rupanya, beria je aku buat2 saspen sampai demam ni.. Kalau ada sesiapa yang ada menyebut ayat tu, sila berikan no passport korang dekat aku ye..hehe. Sebenarnya aku tengah dalam proses menaik taraf kan blog ni..
Dah masuk 2 bulan aku tak tukar2 template blog ni.. So, dikala ada masa yang agak lapang ni, ditambah lagi dengan perasaan malas untuk mengonline kan diri malam ni.. Aku dah mengambil keputusan untuk mengubah2 template blog ni..
Jadi aku nak mintak pendapat korang semua.. Sila berikan kerjasama ketika soal siasat ini sedang dijalankan ye.. Eh2, apahal soal siasat pulak ni..?? Ah, apa2 jelah yang aku tulis ni, asalkan korang faham dan sudi memberikan pendapat korang..
Korang semua rasa blog ni patut diletakkan dengan template gelap atau terang..?? Sekiranya korang ada pendapat lain, silalah berhubung dengan pegawai perkhidmatan kami ye.. Argghh, aku terpaksa stop kan jari ni sebab jari2 aku ni dah mula menunjukkan kelincahan dia untuk menaip benda2 yang mengarut..
P/s : Aku pun tengah blank nak letak template yang macam mana ni..huhu
6 comments:
rajin tukar template eh..bagus2 :)
haha betol tu arpiiz . bersepah blog hang ni . macam tongkang punoh . hehee . jangan marah . nanti tak gentleman .. wee ~
huyooo ! dah tukarrrr . arpiiz , Tia sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa . hehe ..
syrupmasin : mana ada rajin, ni pun tengah malas..hehe
tia : takdelah, mana ada marah..cuma tengah asah parang je..hehe
tia : wah2, awal singgah sini ye..^^
Post a Comment