Tuesday, June 30, 2015

[Tech Tuesday] Benda yang ada kena ada dalam laptop

Salam dan hai kepada para pembaca semua.

Okay, malam ni aku nak share kan dengan korang sedikit ilmu pengetahuan aku tentang bab komputer ni. Sebenarnya bukan lah ilmu sangat pun, tapi lebih kepada pengalaman aku dalam menggunakan komputer ni. Eh, tapi ilmu tu kan boleh datang dari pengalaman jugak, jadi betul lah bila aku cakap aku nak kongsi ilmu dekat korang. Okay, kita ke perenggan seterusnya...

Kali ni aku nak senaraikan beberapa software yang sepatutnya diinstall kan kedalam komputer anda. Korang dah sedia nak tau kan.? Kalau tak sedia lagi, anda diminta untuk duduk sambil peluk bantal korang kuat2 sebab aku bakal menyenaraikan software2 itu.

CCleaner
CCleaner ialah software yang aku gunakan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh komputer aku. Beban yang aku maksud kan ialah cache2 atau data2 yang terkumpul didalam komputer sama ada ketika kita gunakan internet atau gunakan komputer itu sendiri. Jadi, kalau korang rasa komputer korang tu dah mula slow. Nak bukak folder pun makan masa bertahun, baik korang gunakan software ni.



Media Player Classic (Home Cinema)
Software pilihan aku yang seterusnya ialah Media Player Classic, software pilihan aku kalau nak tengok movie, filem dan cerita. Bukannya aku tak nak gunakan windows player yang sudah tersedia tu, tapi bagi aku software ni lagi senang untuk aku gunakan.


Winrar
Winrar ialah software yang digunakan untuk menyimpan file ke dalam saiz yang lebih kecil. Kalau korang ada nak simpan file yang saiz nya besar, tapi sayang nak buang. Korang boleh lah compress kan file korang tu menggunakan Winrar ni. Aku gunakan software ni sebab senang aku nak extract file2 yang aku dah download.


 

Windows Security Essential
Software ini ialah sejenis antivirus software yang digunakan untuk melindungi komputer kita daripada serangan-serangan iblis virus yang ada di dalam internet. Memandangkan banyak antivirus popular berbayar, jadi aku gunakan software free ini sebagai pilihan hati aku..hahahaha


Firefox
Aku baru je menggunakan Firefox ni, walaupun dulu aku pernah meninggalkan dia demi Google Chrome yang boleh tahan lah powernya. Tapi kini aku kembali semula menggunakan khidmat dia apabila aku mahu melayari dunia internet yang sangat luas. Masa mulanya memang aku tak puas hati sebab Firefox ni selalu crash, tapi untuk update baru ni nampaknya dia dah makin stabil. Jadi aku terus masukkan dia didalam senarai ni.


Open Office
Untuk software yang terakhir ni, aku gunakan Open Office sebagai pengganti Microsoft Office. Fungsinya sama sahaja seperti Microsoft Office, ada word, powerpoint dengan excel. Cuma apa yang berbezanya, software ni percuma. Jadi kalau korang tak jumpa tempat download Microsoft Office, korang boleh lah gunakan Open Office ni dulu untuk sementara.

Okay, cuma itu jelah benda yang aku dapat senaraikan. Aku rasa korang sendiri pun dah ada semua software2 ni, tak payah aku bagitau pun korang dah download sendiri kan.?? Takpelah, sekurang-kurangnya aku boleh rujuk entri ni kalau aku lupa benda apa yang patot aku download lepas aku format laptop or komputer aku.hehehe

Monday, June 29, 2015

[Mumble Monday] Laptop atau komputer ??

Salam dan hai kepada para readers semua..

Hello guys, ingat lagi tak kat blog ni.? Well, kalau tak ingat, takpe lah, sebab salah aku jugak.. Selalu sangat mengabaikan tanggungjawab aku sebagai owner kepada blog ni. Kesian blog ni, ditinggalkan oleh tuannya sendiri, kejam betul tuan blog ni kan. Sampai hati dia membiarkan blog ni kelaparan dan sendirian tanpa tempat tinggal. Hahaha, apa benda lah yang aku merepek ni.

Okay, sebenarnya macam ni cerita untuk entri malam ni. Aku tengah dalam dilema wanita kerana sejak kebelakangan ni aku sering terfikir, agak-agaknya perlu tak aku beli sebuah komputer baru.?? Tapi aku dah ada laptop, buat apa nak beli komputer pulak.?? Okay, ni hujah-hujah yang aku akan ke selatan utarakan dalam entri ni.

Hujah pertama
Laptop yang aku ada sekarang ini tidak mampu untuk menanggung game-game yang ada dipasaran sekarang. Game-game terkini memerlukan spesifikasi yang tinggi, malah lebih tinggi dari bangunan KLCC. Aku nak jugak merasa main game Assasin Creeds yang terbaru tu, or main game Final Fantasy 13 tu. Ni tak, dapat install pun cuma dapat tengok cutscene je. Bila masa main je, terpaksa lah menyediakan tahap kesabaran yang tinggi berhadapan dengan lag or crash yang berlaku.

Hujah kedua
Komputer rumah aku tu dah rosak, jadi apa salahnya kalau aku beli sebijik komputer dan mendermakan kepada family aku untuk gunakan. Takde lah sedih sangat aku terngok dorang terpaksa main handphone yang kecik skrinnya tu.

Hujah ketiga
Err, aku tak dapat pikir pulak untuk hujah ketiga ni. Boleh tak kalau korang pikirkan untuk aku, yakin kan aku untuk beli sebuah komputer. Korang gunalah apa cara pun, yang penting dapat buatkan aku untuk beli komputer baru.

Satu-satunya benda yang menghalang dan menjadi sebab paling kuat membuatkan aku tak jadi beli komputer ialah pasal duit. Bukannya aku tak berduit, cuma aku risau kalau tiba-tiba aku perlu gunakan duit tapi duit tu dah habis untuk komputer tu.

P/s : Aku plan nak beli high-end computer, tapi tak sure lagi.hehehe

Sunday, June 28, 2015

[Story Sunday] Gambar Perempuan Itu (Part 2)

Salam dan hai kepada para pembaca semua..

sambungan dari Gambar Perempuan Itu (Part 1)

Farid cuba fokus dan mula mencari apakah benda yang telah mengganggu tidurnya itu, dia perhatikan keadaan sekeliling nya. Gelap, hanya lampu tidurnya yang malap sahaja menerangin biliknya itu. Setelah beberapa minit, Farid cuba mencari punca yang mengganggu tidurnya itu, akhirnya baru dia sedar. Dia seperti terdengar seolah-olah ada bunyi halus perempuan ketawa didalam biliknya.

Walaupun bunyi itu perlahan sahaja, tetapi Farid yakin yang itu adalah bunyi perempuan ketawa. Farid cuba memberanikan diri dengan bangun dari katil. Secara perlahan-lahan Farid berjalan kearah bunyi yang dia dengar, namun belum sempat dia melangkah untuk kali ketiga, bunyi itu tiba-tiba lenyap dari dalam biliknya. Kini hanya bunyi cicak sahaja yang kedengaran. Farid membuka lampu biliknya dan dia tidur semula dalam keadaan terang.

Keesokan harinya, Farid bersiap untuk pergi ke kelas dan ketika dia memandang gambar perempuan yang dia jumpa semalam, Farid terfikir untuk mencari tuan kepada gambar tersebut. Farid mengambil kembali gambar itu dari bingkai nya dan meletakkan gambar itu didalam dompetnya. Ketika di kelas, Farid sempat bertanya kepada rakan-rakannya tentang gambar itu, tapi malangnya tiada siapa pun yang mengenali perempuan didalam gambar itu.

Sehingga ke petang dia cuba mencari maklumat berkenaan gambar itu, Farid juga ada bertanya kepada pensyarah-pensyarah yang dia kenal, tapi jawapan yang dia dapat tetap sama. Setelah penat kehulu dan kehilir mencari maklumat, akhirnya Farid membuat keputusan untuk pulang ke rumah sahaja. Sampai sahaja dirumahnya, Farid segera membersihkan diri dan kemudian dia terlelap.

Farid bangun dari tidurnya, namun kali ini sama seperti semalam. Bunyi itu datang lagi mengganggu tidur Farid. Pada mulanya dia mahu membiarkan sahaja bunyi itu, tapi semakin lama bunyi itu semakin jelas dan kali ini ia bukan lah bunyi perempuan ketawa. Farid terdengar ada orang menyebut namanya dan setelah beberapa kali suara itu memanggil nama Farid, dia pun segera bangun dan mula mencari arah suara itu.

Setelah puas diamati, akhirnya Farid tahu dari mana datangnya suara itu. Suara itu datangnya dari luar biliknya dan Farid dengan segera membuka langsirnya. Dia terkejut kerana di luar rumahnya itu berdiri seorang perempuan sedang memandang dirinya. Melalui cahaya yang samar-samar, Farid seolah-olah mengenali wajah perempuan itu.

Dia cuba mengingati semula dari manakah dia pernah melihat wajah perempuan itu. Farid terpandang gambar yang ada diatas meja belajarnya itu dan barulah Farid sedar yang wajah perempuan diluar itu mirip dengan wajah didalam gambar itu. Tiba-tiba Farid berasa sangat gembira, dia mahu sangat berjumpa dengan perempuan itu. Farid segera keluar dari rumahnya dan sebelum dia keluar, dia sempat mencapai gambar diatas meja tadi.

Farid lihat yang perempuan itu berdiri di tengah jalan dihadapan rumahnya. Pada mulanya Farid teragak-agak untuk pergi kearah perempuan itu. namun apabila perempuan itu melambai-lambai kearah Farid, kakinya sudah tidak lagi dibawah pengaruhnya. Farid sendiri yang berjalan kearah perempuan itu. Setelah Farid dapat berhadapan dengan perempuan itu, dia segera menunjukkan gambar yang dia pegang.

Belum sempat dia mendengar perempuan itu bercakap, tiba-tiba badan Farid terbang melayang. Dia tergolek diatas tanah dengan kepalanya berlumuran darah. Rupa-rupanya sebuah kereta telah terlanggar Farid kerana dia tidak nampak yang Farid sedang berdiri seorang diri ditengah jalan. Ketika pemandu itu mahu membantu Farid, Farid sudah tidak lagi bernyawa. Pemandu itu ternampak gambar yang dipegang oleh Farid dan apa bila dia melihat gambar itu, gambar itu menunjukkan seorang perempuan sedang tersenyum sambil menunjukkan tiga jarinya.

P/s : Ingatkan nak buat sampai part 3, tapi malas lah pulak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...