Thursday, May 05, 2011

Hari ni tiada entry tentang dunia blog..

Apa..!! hari ni takde entry tentang dunia blog..?? Kenapa perkara ini boleh berlaku, whyyyy..!!!! Okay, ini pulak satu ayat yang aku rasa tidak mungkin untuk korang sebutkan.. Tidak kira sama ada korang menyebutnya secara lisan, secara batin atau secara bertulis..(eh, ada ke menyebut secara bertullis..??)

Okaylah, aku lupa pulak nak ucapkan salam sejahtera kepada korang semua yang sedang membaca entry aku.. Tak kiralah korang baca pagi ke, malam ke, waktu sahur ke, asalkan korang baca entry aku.. Aku ni macam paksa korang baca entry aku pulak kan..

Err, korang terpaksa ke..?? Kalau terpaksa takpelah sebab aku tak naklah jadi macam kau dipaksa aku terpaksa.. Eh2, tu tajuk lagu Scan kan..?? Aku minat gila lagu tu, tapi dulu lah sekarang dah kurang minat sikit..hehehe

Alahai, makin lama dibiarkan jari ni menaip, makin banyak pulak benda mengarut lagi merepek yang akan korang baca nanti.. Aku teruskan je lah ye, hari ni aku tak nak buat entry tentang dunia blog.. Kenapa aku taknak buat..??

Sebab saje2, aku rasa macam dah banyak sangat cerita pasal dunia blog dah aku selitkan dekat dalam blog ni.. Jadi hari ini mungkin cerita tentang kehidupan harian aku je memanjang.. Korang jangan bosan pulak ye, sebab kalau korang bosan aku lagi lah bosan..huhuhu

P/s : Nak pergi kedai kejap betulkan motor ni..

Wednesday, May 04, 2011

Barulah dapat bukak blog ni..

Salam malam buat korang semua yang sedang membaca entry ini.. Apakah korang semua sedang berehat bersantai di rumah atau sedang bergelut dengan kerja2 yang melambak tu.. Kalau yang berehat tu aku ucapkan selamat berehat, bagi yang sedang sibuk buat kerja tu, janganlah cepat bebenor tensionnya..hehe

Aku ni pun baru je dapat bukak blog ni atas sebab kesibukan yang melampau hari ni.. Korang tak percaya ke..?? Laa, kenapa korang tak percaya pulak, owh korang takut kena tipu dengan aku lagi ye.. Ala sori lah kalau kes entry2 yang penuh tipu muslihat tu..

Eh bukan sebab tu ye, owh aku silap la ni.. Abis tu sebab apa pulak ni..?? Hmm, sebab entry yang aku postkan siang tadi ke.. Ala biasalah tu, sekarang ni aku kena mengamalkan entry yang berupa autopost sebab sekarang ni aku memang akan sibuk..

Tapi korang tak kisah kan kalau entry tu autopost ke, automatic ke.. Arghh, aku rasa dah makin jauh aku menyesatkan korang dalam entry ni.. Apa2 pun malam ni aku cuma nak buat blogwalk.. Buat blogwalk tau, bukan catwalk..

Kalau aku buat catwalk, aku risau ramai model2 yang ada dekat luar tu nak mintak aku ajarkan.. Hahaha, giler perasan betul aku.. Ah, sudah lah tu, makin lama korang hadap entry ni makin banyak pulak yang korang akan baca tentang apa yang aku lalutkan..

ni apahal ada gambar motor pulak ni..???

Woi blogger baru, meh sini aku nak cakap...!!!

Amboi arpiiz, ni apahal guna perkataan "woi" ni, tak elok ko tau tak.. Mesti itu yang korang nak cakapkan betul tak..?? Ala, tak payah lah nak tipu aku, aku boleh baca fikiran korang ni kalau nak tau.. Senang cerita cuma aku je yang boleh tipu korang..hehe

Gurau je, tajuk tu memang saja aku buat macam tu agar korang cepat sikit nak klik baca entry aku ni.. Apa2 pun aku nak mintak maaf kalau tajuk tu ada buat korang berdarah hati ke, patah tangan ke, lumpuh separuh badan ke.. Apahal melampau benor aku menipu ni..??

Ah, sudah lah tu biar aku teruskan kepada benda yang aku nak bagitau dekat korang ni terutama bagi blogger yang baru lahir ni.. Kepada mereka yang baru berjinak2 dalam dunia blog ni, ada beberapa perkara yang aku nak korang check dekat blog korang tu..

First >> Tempat komen tu silalah buang word verification tu.. Kesian bagi orang2 yang macam aku ni rabun perkataan sebab asyik salah taip..huhu. Macam mana korang nak buat, err aku rasa korang kena google sendirilah ye..

Second >> Sila follow blog korang sendiri sebab ia dapat membantu blogger lain singgah melalui profile korang.. Korang boleh baca tentang hal ni dalam entry aku yang ini
> Adakah profile anda mesra blogger part 1
> Adakah profile anda mesra blogger part 2
> Adakah profile anda mesra blogger part 3

Third >> Tolong serahkan duit korang sebanyak RM 200 deakt aku sebab tips2 yang aku bagi ni mahal tau..hehe

Ala, yang third tu korang jangan lah percaya.. Karang kalau ada yang betol2 bagi, masalah aku nanti.. Aku bagitau ni sebab aku rasa agak tension.. Terutama bila aku nak komen, maka aku kena pulak menjawab ujian hidup ni.. Yang profile tu aku bagitau supaya korang mudah mendapat traffic atau follower..

Apa kena mengena antara profile dan follower..?? Itu korang kena lah baca entry aku yang tela aku bagi link tu.. Aku rasa cuma itu jelah benda yang aku nak sampaikan buat masa ni.. Nanti kalau ada benda yang aku tak puas hati, aku bagitau lagi ye..^^

P/s : Blogger lama pun boleh juga try check kalau rajin..hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...