Saturday, April 09, 2011

Bahasa tu boleh elok sikit tak..

Salam buat para readers yang setia menanti di blog aku ni hah.. Eh2, tengok tu ada orang yang dah tertidur lah sebab tunggu aku update entry.. Kesian betul orang tu, sesapa tolong kejutkan orang tu, suruh dia tidur dekat atas katil.. Nanti kalau tidur depan komputer meleleh pulak air liur dia, dah busuk pulak komputer kesayangan tu..

Okay, cukuplah apa benda yang aku mengarutkan dekat atas tu.. Kita teruskan ke sesi ke-2 kita... Err, sesi apa tu ye..?? Aku pun tak tau, ini pun baru first entry untuk hari ni... Maklumlah, kalau dah jadi popular ni memang sentiasa sibuk memanjang.. Korang tak tau ke aku ni seorang yang popular..??

Sebelum tu aku tanya korang dulu, umur korang berapa..?? 20, 18, eh, ada yang 70 tahun, tak sangka ada juga pembaca blog aku yang berusia macam tu.. Owh, patut lah korang tak tau, sebab aku cuma popular dikalangan budak2 yang berumur 3 ke 7 tahun je..

Ya, itulah topik yang aku nak bincangkan untuk entry kali ni.. Eh2 dah macam buat rancangan bual bicara pulak.. Tau tak apa tajuknya..?? Yelah2 aku bagitau lah, aku just nak tulis tentang bahasa yang kita gunakan dalam blog kita tu.. Tahukah anda susu tepung penting untuk tumbesaran anak anda..

Owh maaf ye, itu iklan sahaja.. Tahukah korang apakah golongan pembaca di blog korang..?? Kalau korang tanya aku memang aku akan jawab tak tau sebab aku tak buat poll tentang umur pembaca.. Tapi disini ada satu sahaja nasihat aku dekat korang semua.. Tak kisah lah korang nak amik atau tidak ye, aku tak paksa..

Silalah gunakan bahasa yang mudah difahami dan selesa dibaca.. Macam mana tu..?? Maksud aku kalau korang tulis tu, tulis lah ayat melayu biasa, bukan ayat melayu yang boleh buat lidah orang tergeliat untuk membacanya.. Kita bukan tau pembaca kita tu umur berapa, nanti manalah tau ada yang masuk hospital sebab lidah kejang akibat membaca ayat korang yang memang....(sambung sendiri okay..hehe)

Lagi satu gunakan bahasa yang sopan santun ibarat seorang gadis melayu terakhir gitu.. Itu bagi perempuan lah, kalau lelaki tulis ikut ayat perempuan, nanti boleh menimbulkan konflik dalaman pulak.. Seboleh2nya janganlah gunakan ayat yang kasar macam kertas pasir tu ye.. Bukan kah bahasa itu menunjukkan siapa kita..

Err, terpanjang pulak entry ni, ke memang entry biasa pun panjang macam ni.. Apa2 pun cuma itu jelah yang aku nak tulis buat siang ni, malam nanti kalau tak kena kacau dengan adik2 aku aku update lagi ye.. Salam sabtu buat korang semua..^^

Friday, April 08, 2011

Ini entry takde arah tujuan..

Salam malam buat korang semua yang sedang membaca entry ini.. Sebelum korang memulakan sesi membaca entry aku ini silalah membaca bismillah terlebih dahulu.. Takut masa tengah baca nanti entah2 tersedak ke, eh macam makan nasi pulak boleh tersedak2 ni..
Nah aku bagi kompas bagi sesiapa yang takde kompas.. Err, tapi kalau korang nak pilih web kompas tu, suke hati korang lah.. Tau tak web kompas tu yang mana..?? Kalau tak tau boleh tanya dekat pakcik google, mesti dia akan bagitau dekat korang..^^

Apa topik untuk entry ni pulak..?? Err, kan aku dah cakap yang entry ni takde arah tujuan, so takde lah topik yang nak dibincangkan.. Hah, apa kata korang buat satu entry malam ni dan korang bagitau dekat aku ye.. Nanti boleh la aku singgah dekat blog korang tu.. Malam ni aku takde idea untuk diletakkan dalam blog ni lah..hhuhuu

Eh, dah macam cara Nanasahir pulak.. Err, sama ke..?? Kalau sama agak2 dia marah tak.. Hmm, ni yang nak kena mintak maap awal2, yelah mana tau kalau2 dia marah ke.. Takpe2, kalau dia marah nanti korang pergi singgah dekat blog dia dan bagitau dekat dia yang aku mintak maap ye..

Itu pun kalau dia cakap yang dia marah la, kalau dia tak cakap korang tetap kena pergi juga sebab aku yang paksa ni..Hahahaha... Okay, itu je untuk entry malam ni.. korang takde sesat kat mana2 kan..??

Keadaan yang aku tak suka sangat..

Salam buat korang semua, terutama bagi readers lah, kalau yang setakat singgah tu sempat ke nak jawab salam aku ni.. Hari ni aku agak dalam kebingungan atas sebab2 tertentu.. So, bila lepas korang baca entry ni dan membuatkan otak korang rasa bingung, jangan lah salah kan aku ye..hehehe

Macam yang korang tengok dekat bahagian tajuk tu.. Laa, ada yang tak tengok tajuk ke, pergi tengok cepat bukan lama sangat pun.. Dah baca ye, okay aku teruskan kepada ayat2 yang seterusnya.. Banyak keadaan yang boleh berlaku dalam masa beberapa minit sahaja, jadi terpulang sama ada keadaan itu buatkan korang happy atau tidak..

Namun sebegitu ada beberapa keadaan yang aku paling tak suka.. Seboleh2nya aku nak elakkan benda ni dari terjadi dekat aku..Korang nak tau ke..?? Mestilah korang nak tau kan, kalau tak buat apa korang baca entry ni.. Yelah2, aku citer kan lah ni..

Motor tiba2 mati di jalan yang lenggang.. Antara banyak2 keadaan, keadaan ini lah yang paling aku tak suka.. Sebabnya aku bukan jenis yang reti godek2 motor, kalau komputer mungkin okay la kot.. Aku dah banyak kali kena, terutama time hujan, memang tension je buatnya..huhu

Orang kacau tidur aku, keadaan ini pun aku tak suka sangat sebenarnya.. Bayangkanlah masa korang tengah mimpi jumpa dengan Misha Omar, tiba2 orang kejutkan.. Kalau orang tu kejutkan aku atas sebab2 yang munasabah aku boleh la terima .. Tapi kalau orang tu kejutkan aku dan bagi alasan yang munasarawak (kenapa mesti serawak), memang kena speaker la..

Yang ketiga pula bila orang paksa aku bagi keputusan dalam masa yang singkat.. Keadaan ini akan membuatkan aku stress yang tidak dapat dibendung.. Bila aku stress maka aku akan mulalah bertukar jadi macam batman dekat bawah ni.. Selepas aku dah bertukar korang boleh lah fikir2 kan apa yang akan berlaku pada masa tu kan..
Okay, cuma itu je cerita untuk petang ni.. Nak pergi hantar motor dekat bengkel lah.. Nak suruh check apa masalahnya.. Kopak lagi duit aku nanti..huhu.. Korang ada tak keadaan yang membuatkan korang rasa benci or tak best..??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...