Showing posts with label tidur. Show all posts
Showing posts with label tidur. Show all posts

Saturday, August 15, 2015

[Story Saturday] Wajah aku yang menakutkan.

Salam dan hai kepada para readers semua...

Pada hari ini dan untuk entry ini, aku nak share kan dekat korang satu cerita yang benar-benar berlaku kepada diri aku. Jadi maknanya entry kali ini bukan lah entry berkenaan cerita membohong merakah yang selalu aku buat tu. Err, tapi sebenarnya cerita-cerita sebelum ni bukan lah cerita membohong pun, cuma cerita tu rekaan je..

Tapi tak kisah lah cerita tu tipu ke or benar ke, yang penting korang baca entry aku ni. Okay lah, sambung balik cerita untuk entry ni. Sebenarnya macam ni, pada suatu pagi yang tenang lagi damai, aku sedang baring di ruang tamu rumah aku sambil melihat cicak yang sedang berlari berkejaran. Sungguh romantik betul cicak-cicak tu, sikit je lagi aku nak rasa cemburu.

Sewaktu sedang termenung sendirian itu, tiba-tiba terdengar satu suara budak kecil memberi salam. Gerangan siapakah yang dengan beraninya dia mengganggu masa rehat aku.?? Apakah nyawa dia sudah cukup panjang sehingga dengan berani nya dia membuat onar pada waktu pagi ini. Err, macam melampau pulak ayat tu, sebenarnya aku takde lah rasa sampai macam tu sekali.

Rupa-rupanya suara budak tu datangnya dari luar dan dia adalah kawan adik aku. Pada mulanya aku biarkan sahaja budak itu memberi salam, tapi aku pelik pulak sebab biasanya diorang aku akan memanggil nama adik. Tapi kali ni cuma salam sahaja yang diberi. Aku pun dengan rasa malasnya bangun dan menjawab salam budak tadi.

Aku bangun dan terus tanya kepada budak itu gerangan siapakah yang dia cari? Tapi aku tak tau lah kenapa, sebaik sahaja budak itu memandang aku, mata dia terus terbeliak. Terserlah riak wajah ketakutan pada raut mukanya. Aku hairan dengan perangai dan sikap dia yang tiba-tiba terus berubah itu. Kemudian aku tanyakan lagi dia cari siapa.

Lepas tu barulah dia seakan-akan tersedar dan memberitahu bahawa dia datang kerana mahu memberikan buah rambutan. Selepas aku mengambil buah rambutan tadi, budak tu terus melarikan diri sambil meraung-raung. Okay, part meraung tu tipu lah., dia cuma lari biasa je. Cuma aku terfikir lah, kenapa dia tiba-tiba kaku apabila melihat aku tadi.

Selepas itu baru lah aku perasan, rupa-rupanya masa   aku bangun tadi rupa aku tak macam orang. Maksud aku, rupa aku tak terurus, dengan rambut berserabai, ditambah lagi dengan pencahayaan yang gelap. Memang sah lah budak tu takut bila nampak aku. Semenjak hari itu aku insaf dan aku tidak mahu merempit lagi. Eh eh, ni apahal tiba-tiba kes merempit masuk ni.??

P/s : Korang tak pelik ke aku nampak cicak berlari.??

Thursday, July 09, 2015

[Tutorial Thursday] Cara Ubati Sakit Kepala

Salam dan hai kepada para readers semua..

Sakit kepala....
Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan kita mengalami sindrom Aeskruji Furangpa, atau lebih dikenali sebagai sakit kepala. Okay sebelum korang teruskan pembacaan korang yang baru nak khusyuk tu, biar aku bagitau korang yang nama sindrom kat atas tadi tu hanya lah rekaan aku semata-mata. Aku pun tak tau kenapa boleh tulis perkataan yang tidak membawa sebarang makna didalam kehidupan aku dan juga korang.
Ni bukan sakit kepala, ni kepala yang sakit.

Tapi yang pasti, korang semua pernah kena sakit kepala kan.?? Okay, kalau macam tu korang memang bertuah sebab aku buat entry ni. Dalam entry ni aku akan dedahkan rahsia-rahsia alam tentang cara untuk mengubati sakit kepala ini. Hahaha, banyak lah rahsia alam nya. Tutorial kali ni ialah macam mana nak hilangkan sakit kepala. Cara-cara yang aku bagitau ni berdasarkan pengalaman aku, setiap individu mempunyai kesan yang berbeza.

Langkah Satu
Minum air masak.
Kebiasaannya aku akan minum dalam 2 ke 3 cawan air masak, kemudian aku tunggu dalam masa 10 minit. Selalu nya sakit kepala yang aku alami akan berkurangan. Tapi kalau tak kurang jugak, korang baca langkah seterusnya..

Langkah Dua
Melihat pemandangan yang menenangkan.
Korang tanya dekat mana nak cari pemandangan yang menenangkan.? Korang jangan risau, dizaman serba maju ni, korang cuma perlu menaipnya sahaja di google dan korang pilih lah gambar pemandangan mana yang menenangkan korang.

Langkah Tiga
Tidur sebentar bersama kitkat
Haa, cara ni selalunya menjadi. Ini langkah final aku kalau aku dah sakit kepala sangat. Selalunya selepas aku bangun, aku akan segar dan sakit kepala aku hilang tanpa dapat dikesan.

Langkah Empat (tambahan)
Makan Panadol atau ubat yang berkenaan
Aku jarang buat cara ni, tapi kalau dah bangun tidur pun still sakit kepala. Kena jugak lah telan panadol 2 bijik. Korang jangan pulak makan ubat batuk ke or ubat gigi ke time sakit kepala, nanti lain pulak yang jadinya.

Okay, cuma itu je tutorial kali ni. Aku mintak maaf kalau ada sesiapa yang cuba ikut cara aku ni tapi masih lagi tak hilang sakit kepalanya. Kalau sakit kepala korang tu berterusan, aku cadangkan korang pergi klinik untuk check, takut korang kena migrain pulak.

P/s : Aku pun dari tadi sakit kepala, so lepas ni nak tido lah..

Friday, July 03, 2015

[Facts Friday] Fakta tentang Sleep Paralysis

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Pernah tak korang menghadapi situasi dimana korang sedang berada di alam barzakh mimpi, tiba-tiba korang terbangun. Tapi masa korang bangun tu, korang rasa yang badan korang tak boleh bergerak, cuma mata saja yang terbuka. Kalau korang pernah kena situasi tu, tahniah aku ucapkan kerana korang telah melalui keadaan sleep paralysis atau pun lumpuh ketika tidur.

Dalam erti kata yang sebenarnya, sleep paralysis ni bermaksud lumpuh sementara ketika mahu tertidur atau semasa bangun tidur. Aku dah pernah kena banyak kali, so nak share lah sikit beberapa fakta tentang sleep paralysis ni.

Terperangkap dalam badan
Ini lah apa yang dirasai oleh ramai orang, korang sedar akan keadaaan sekeliling tapi anggota badan korang tak dapat bergerak sedikit pun. Jadi korang rasa macam terperangkap dalam badan sendiri.

Lagi menakutkan dari mimpi ngeri
Kalau dalam mimpi ngeri, korang masih lagi boleh percaya yang korang akan bangun. Tapi cuba bayangkan bila korang dah bangun, dan korang tak dapat nak bergerak lagi. Takkan korang nak percaya yang korang nakbangun lagi sekali kan.

Berlaku ketika nak tidur dan nak bangun.
Semasa kita nak tidur, badan dan minda kita akan berhenti secara berperingkat, sama juga masa nak bangun. Sleep paralysis ni berlaku apabila badan kita yang dah tidur dulu tapi minda belum lagi atau minda kita yang sedar dulu dan badan kita masih tidur lagi.

Boleh menghasilkan halusinasi
Ya, ketika sleep paralysis ni lah korang akan berdepan dengan segala jenis halusinasi. Korang akan terasa macam ada benda yang memerhatikan dan yang lagi teruk, korang akan rasa ada benda yang menghempap badan korang. Halusinasi ni terjadi sebab minda kita masih lagi diantara mimpi dan sedar, jadi benda yang dalam mimpi akan ditunjukkan di dunia realiti.

Tak boleh paksa untuk bangun
Sebenarnya korang boleh bangun, cuma tak boleh paksa. Ada yang cakap goyangkan ibu jari kaki atau jari tangan korang, tapi apa yang sebenarnya ialah korang cuma kena tunggu sahaja sampai lah sistem badan korang berfungsi dengan elok semula.

Okay, cukup lah fakta yang aku bagi tu. Aku ada banyak cerita yang aku nak share tentang topik ni, tapi mungkin aku akan tuliskan dalam entri lain. Jadi, kalau dulu korang pernah rasa kena hempap dan korang salahkan jin yang hempap, baik korang pergi mintak maaf dekat jin tu cepat.heheheh

P/s : Dah lama tak kena benda ni, rasa macam nak lagi pulak..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...