Tuesday, July 05, 2011

Bila mood download menyerang..

Tolong..!!
Tolong....!!!!

Aku telah diserang oleh sesuatu ni, nampaknya dia memang agak kuat.. Sampai aku sendiri tidak dapat nak menahan serangan beliau.. Sesiapa sudi2 lah tolong diri aku ni, sebab aku rasa macam dah tak sanggup kena serang ni..huhu

Okay, itu adalah salah satu kata2 yang muncul dalam benak fikiran aku ni.. Aku sendiri tak tau apakah motif ayat2 itu boleh muncul di tempat kejadian (dalam entry ni lah).. Mungkin ianya datang selepas terciptanya tajuk dekat atas tu kot..

Entah lah, kemingkinan itu adalah juga.. Dah2, tanpa membuang lebih banyak masa dan tenaga, kalau ada duit yang akan terbuang pun jangan di buang dulu.. Hulur jelah dekat aku, aku pun tengah agak kering..huhu. Hehe, yelah2 aku terus terang je lah ye..^^

Macam ni, sebenarnya sekarang ini aku telah diserang dengan mood mendownload.. Entah kenapa mood ni boleh datang pulak.. Aku rasa ini semua gara2 adik aku lah, sebab hari tu dia sibuk suruh aku download filem banyak2.. Katanya yang dia tak tau macam mana nak download, so aku pun tolong lah downloadkan..

Selepas berjaya mendownload macam2 movie, dari melayu sampai ke omputih.. Mujurlah family aku takde yang minat cerita tamil, kalau tak memang cerita2 itu pun aku download sekali..hehe. So sekarang ni aku tengah gian mendownload segala macam benda..

Sampai software2 pun aku download dan ketika entry ini sedang ditaip, aku tengah mendownload game.. Game apa yang tengah aku download ni..?? Err, nantilah bila blog ni dah terabai, barulah aku boleh bagitau dan salahkan game tu.. Ala, nanti entry tu akan sama macam entry ini lah..hehehe

Owh ye, aku pun baru perasan, yang sejak kebelakangan ini aku dah jarang nak berblogwalking.. Nampaknya aku kena hentikan gejala dan serangan mood download ni.. Kalau tak, makin terabai dan bersawang lah blog ni dibuatnya, yang paling tak best, habis semua reader lari..huhuhu

P/s : Kadang2 terfikir juga, kalau aku jual game and software2 ni boleh kena tangkap tak..hehehe

Bila penegur, tak macam penegur..

Salam dan selamat pagi petang, malam, tengah malam dan pada waktu yang korang tengah baca entry ini.. Ketika entry ini dicoretkan (maksud aku ialah ketika ditaip).. Aku terfikirkan sesuatu yang menarik bagi aku untuk aku pertanyakan kepada korang semua..

Apa benda yang aku nak tanya..?? Ala, korang baca je bahagian tajuk tu, itulah topik yang aku nak tanya dan bincangkan.. Aku ingat lagi hari itu, masa itu cuaca agak redup.. Sambil ditiup dengan angin sepoi2 bahasa omputih.. Err, nampaknya macam tersalah ayat pulak aku ni..T_T

Macam ni, masa aku menjalankan misi berblogwalking.. Tiba2 aku termasuk dalam satu blog ni, kalau aku tengokkan.. Itu macam blog baru lagi, tapi entah lah sebab aku pun cuma tengok dari jumlah entrynya sahaja.. Aku baca entry2nya, dan ia berjaya membuatkan aku melekat lama dekat situ..

Tapi malangnya, aku bukanlah tertarik sebab suka.. Yelah, macam mana nak suka kalau dalam blog itu berkisarkan perasaan ketidak puasan hatinya.. Habis semua ayat2 mencarut dia keluarkan dalam blog itu.. Kalau lah perkataan mencarut tu ada 10 je, dalam blog tu mungkin boleh jumpa 20 kot..hehe

Dan apa yang peliknya, dia kata yang niat dia cuma nak menegur sahaja.. Boleh ke menegur dengan menggunakan bahasa macam tu..?? Ada yang jenis lain pulak, dia kata yang dia benci dengan orang yang memalukan bangsa..

Tetapi bila check entry2 dia yang lain, ayat2 dia tu pun memang dah memalukan bangsa.. So, hanya satu je persoalan yang bermain di fikiran aku ini.. Apakah dengan menggunakan perkataan kesat dan maki hamun itu dapat memuaskan hati yang tengah marah..??

Kalau ye pun nak buat entry atau blog yang macam tu, silalah privatekan.. Bukan apa, takut bila budak2 yang baca ayat2 macam tu.. Bukankah ia akan membuatkan mereka fikir yang ayat2 itu adalah ayat yang boleh digunakan dalam percakapan harian..

Aku tak tujukan entry ini kepada sesiapa pun.. Tiada langsung niat aku nak mengaibkan sesiapa, aku cuma tertanya2 apakah sudah tiada lagi budi bahasa yang kita belajar di sekolah dulu..?? Atau, orang2 ini hanya mahukan publisiti murahan (kalau tak murah pun, mungkin sedang2 je kot..hehe)

P/s : Bila aku jumpa blog2 yang macam ni, profile blogger tersebut mesti menggunakan nama samaran..betul tak..??

Monday, July 04, 2011

Aku nak buat cerita ni..

Untuk entry kali ini aku rasa aku nak buat satu cerita lah.. Tapi bukan cerita untuk sambungan Kereta api berhantu tu.. Kalau yang itu aku still takde mood untuk menyambungnya, nanti bila datang mood seram tu, barulah aku sambung balik..

Kali ini aku nak buat satu cerita yang berlainan sedikit dari biasa.. Bukan cerita seram mahupun cerita2 yang berunsurkan romantis2.. Tapi aku pernah ke buat cerita romantis2 ni..?? Aku tak ingat pulak yang aku pernah buat cerita jenis macam tu..

mungkin ini rumah pemuda tersebut..
Eh2, dari tadi tak start lagi ceritanya, bila aku nak masukkan intronya ni..?? Okay2, aku akan mulakan cerita ini.. Cerita ini bermula di sebuah kampung yang kini sudah menjadi bandar.. Tinggallah seorang pemuda yang sedang duduk bersantai di halaman rumahnya..

Ketika dia sedang bersantai2 tu, muncullah seorang lelaki berjubah putih datang menegur beliau dari luar rumah.. Lelaki berjubah itu berkata sesuatu kepada pemuda tersebut, namun pemuda itu tidak dapat memahami apa yang dikatakan oleh lelaki berjubah tersebut..

Tiba2...

Alahai korang semua, aku tak ingat pulak apa sambungannya..huhu. So, aku terpaksa lah memberitahu dekat korang semua yang aku tak dapat nak menyambung cerita ini disebabkan kehilangan idea2 untuk diletakkan dalam cerita ini.. Harap korang semua dapat memaafkan aku ye..

Maklumlah, time2 mood untuk berblogging ni ke laut lepas tu ke darat, sambung balik ke laut.. So aku tak dapat nak menyimpan idea2 itu sehingga tamatnya cerita ini.. Lepas ni kalau aku ada idea2 yang gempak, aku akan tulis cepat2 dekat kertas and transfer kan ke blog ni..hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...