Thursday, December 08, 2011

Seksanya nak menukar jam biologi ni..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Okay, mula2 sekali aku nak tanya, korang tau tak apa benda menatang jam biologi tu..?? Jam biologi atau lebih mudah dikenali sebagai biological clock ialah errr..... Alamak, aku pun tak tau macam mana nak terangkan dekat korang semua..

Jadi aku memohon maaf lah sekiranya korang berasa sangat hampa apabila mengetahui yang aku tak dapat nak memberikan penjelasan tentang biological clock ni.. Sebenarnya macam ni, korang tau kan yang badan kita ini boleh disetkan untuk tidur pada jam berapa yang kita nak tetapkan..

Tapi oleh kerana aku ni telah tersetkan mengikut jam tidur bagi seekor kelawar, so aku terpaksa untuk berjaga pada waktu malam dan tidor di siang hari.. Adeh, kadang2 tension jugak bila jadi macam ni.. Yelah, kalau dah masa malam cuma aku sorang je yang berjaga..

Apa yang boleh aku buat sangat..?? Main komputer jelah, itu pun sekarang ni aku dah bosan dengan game2 yang ada dalam komputer tu..huhu. Nampaknya aku kena cuba lagilah supaya dapat membetulkan kembali masa tidur aku kearah yang lebih elok..

P/s : Err, tidur yang cukup ialah sebanyak 6 jam kan..??

1 comment:

JR said...

Jam biologi dicipta oleh minda kita, ia bukan jam mekanikal, kita boleh mengubahnya jika mahu...

Tajuk entri terbaru di blog JR:

"Tahniah Kepada Sekolah Anak Haram!!"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...