Monday, October 03, 2011

Err, nak buat cerita lagi ke..??

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Err, aku sekarang ini sedang berada didalam dilema wanita.. Tak tau nak pilih yang mana satu, nanti kalau dipilih yang disini, takut yang disana akan merajuk pulak.. Tapi kalau nak pilih yang disana, risau yang disini pula akan bermasam muka..

Amboi, gaya cakap macam ada awek keliling pinggang je..Walhal yang sebenarnya hidup pun forever alone (err, betul ke perkataan tu..??).. Eh silap pulak, sedih gila kalau hidup aku sorang2 je, aku kan ada kawan2, famili dan korang semua..

Ah sudah, entah apa lah yang telah aku bebelkan sesorang dekat dalam entry ni.. Kesian dekat korang semua sebab terpaksa membaca entry ini walaupun aku tak paksa.. Huih, jauh betul ye aku ni menyimpang dari arah tuju untuk entry ni, so meh biar aku betulkan semula..

Sebenarnya aku tengah fikir sama ada aku nak buat entry cerita lagi atau tidak.. Yelah, kan ke tiap2 malam aku asyik post entry berbentuk cerita.. Kejap ye, aku sebenarnya ada benda yang tertanya2 didalam benak sanubari aku ini..

Korang suka tak entry yang berbentuk cerita / cerpen / atau yang sama waktu dengannya..?? Sila jawab dengan menulis surat dan postkan di pejabat post yang berdekatan rumah makcik anda.. Err, korang bagitau dekat tempat komen jelah lagi senang, betul tak..

P/s : Actually aku tengah takde idea nak sambung cerita bersambung hari tu..hehehe

Haha, betul jugak ye..^^

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Tadi masa aku tengah cari2 gambar untuk satu entry aku, tiba2 aku terjumpa dengan gambar ni.. Entah kenapa aku rasa macam lawak sangat pulak gambar ni, so aku share jelah dekat dalam blog ni ye.. Kalau ada yang tak puas hati sebab korang pun nak letak gambar ni, korang bagitau ye..


Biasa korang terjumpa dengan yang dekat atas tu kan..?? Tapi yang bawah ni mesti korang tak pernah jumpa dekat mana2 kan..hehe
\/
\/
\/
\/
\/
\/
\/
\/
\/
\/

Split personality dan aku..??

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Siapa dekat sini tau apa itu Split Personality..?? Okay bagi yang tak tau menatang apa tu, maka disini aku akan bagitau dekat korang semua.. Split Personality ialah sejenis kek yang diatasnya disadur dengan coklat tetapi didalamnya ialah perasa vanilla..

Hehehe, aku gurau jelah.. Yang sebenarnya Split Personality ialah sejenis penyakit mental, ia juga dikenali sebagai Pesonality Disorder.. kalau dalam bahasa melayunya pulak ialah Personaliti Berbeza atau Kecelaruan Personaliti..

Kalau korang tengok dalam cerita2 omputih tu, biasanya orang yang mengalami penyakit ini ialah seorang pembunuh yang amat hebat.. Sehinggakan kena ada pulak sorang polis atau detektif yang paling pandai dalam kumpulan tu siasat sendiri tentang pembunuh tu..

Inilah pelakon dalam cerita cina tu..
Eh, aku bukan nak cerita tentang filem2 omputih lah.. Sebenarnya aku nak cerita je, masa aku dalam sekolah rendah dulu, aku suka sangat berangan untuk mempunyai Split Personality ni.. Nak tau kenapa aku berangan macam tu..?? Sebabnya masa tu aku ada tengok dalam satu cerita cina..

Cerita itu mengisahkan seorang lelaki yang agak lembab, tapi dalam masa yang sama dia mempunyai personaliti yang amat bijak.. Aku pun dah tak berapa ingat cerita tu, tapi cerita tu memang betul2 mempengaruhi pemikiran aku yang sememangya mentah macam nasik tak masak..huhu

Jadi bila dah besar ni barulah aku tau, yang sebenarnya masalah personaliti ni amat serius sebab banyak masalah yang akan timbul.. Contohnya ialah kita tak akan sedar apakah yang telah kita lakukan semasa personaliti lagi satu tu ambil alih badan kita..

Jadi kesimpulannya ialah, jagalah kesihatan badan dan juga minda kita.. Elakkan mengalami stress yang berlebihan.. Kalau rasa stress sangat, pergi cari tempat2 yang tenang, macam masjid ke atau taman2 bunga ke.. Eceh, dah macam pakar psikologi pulak aku ni kan..hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...