Monday, November 12, 2012

Nak tukar template..(lagi..??)

Salam dan hai kepada para pembaca semua..

"Hoi owner blog ni, ko tak reti2 nak tukar image blog ko ni ke..!!"
"Yelah, dari tahun lepas lagi aku tengok gambar ni je, sampai ikon2 dekat situ pun hilang2."
"Kalau ko dah tak nak tulis lagi dekat blog ni, ko tutup jelah wei...!!"

Itulah antara kata2 yang aku tak dengar ketika aku mengabaikan blog aku ini.. Err, korang faham tak, maksud aku "kata2 yang aku tak dengar..". Okay, aku tau yang korang sebenarnya dapat baca dengan betul kat ayat pertama tu, aku ingat baru je nak trik korang..hehe

Laa, korang tak terkena ke dengan trik yang aku buat tadi, okay fine.. Aku tau lah yang pembaca2 blog ni dah makin pandai, makin bijaksana, so lepas ni tak dapat lah aku nak tipu korang lagi..huhuu. Sudah lah, aku nak merajuk dengan kucing jirang aku lah kalau camni....

Eh, apa benda yang aku melalutkan ni..?? Takde maknenya aku nak tipu korang, aku ni orang baik lagi budiman..heehe. Okay, dalam entry ini aku masih lagi dalam mood nak kembali berblogging, setelah sekian lama menyepi, bila nak buat comeback ni rasa macam susah sangat pulak..

Dalam entry ni aku nak bagitau yang aku tengah dalam proses nak ubah layout ni.. Ye, aku tau yang entry sebelum2 ni aku ada cakap benda ni jugak, tapi still sama jugak, takde apa pulak yang berubah.. Sebenarnya bukan aku sengaja tak nak tukar..

Tapi aku mengalami masalah untuk mencari template2 yang berkenan dihati.. Dalam banyak2 yang aku cari tu, semuanya tak berkenan di hati, banyak yang berkenan di limpa, di jantung, malah di asparagus esophagus aku je..

Okay lah, aku ak sambung balik cari template yang best2.. Korang sambung lah balik baca entry2 lain, or sambung baca blog orang lain ye..

Sunday, November 11, 2012

Kembali menaip..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

"Wah2, tak sangka pulak yang ko ni still ingat lagi kat aku ye..??"
"Aku ingat kan ko dah lupa kan aku ni and pergi kat dia untuk selama-lamanya.."
"Sudah tu, pergilah ko kepada si dia, tak perlu lah ko untuk kembali kepada diri ku yang sudah tidak lagi menarik perhatian mu lagi.."

Okay korang semua, ini bukan lah ayat2 dari drama swasta mahu pun kerajaan melayu melaka. Tetapi ini adalah ayat2 yang telah dikeluarkan oleh blog ini kepada aku.. Dia dah merajuk kat aku sebab aku telah lama menghilangkan diri, sepi tanpa meninggalkan sebarang berita kepadanya (chewah ayat, macam cerita melayu je..hehehe)..

Adakah aku ini sudah hilang kewarasan sehingga boleh bercakap dengan blog..?? Atau adakah aku ini mempunyai satu kuasa yang boleh membuatkan aku memahami semua benda yang tak nyata..?? Kedua2nya salah, kerana ketika ayat tadi ditulis, aku sedang dalam keadaan bawah sedar, sebab tu aku blog ni boleh merajuk dengan aku..

Aku tau korang mesti tak faham punya, tapi lantak korang lah.. Ada aku ini ambil kisah dan juga ambil duit korang..?? Apa, korang nak marah aku ke..?? Ala, aku gurau2 je, jangan lah marah ye..hehehe (sambil menyorok di celah2 daun kering..)

Huih, panjang betul mukadimah untuk entry kali ni.. Sebenarnya seperti yang korang tau (atau yang tak amik tau), aku ini telah lama meninggalkan dunia blogging ni.. Kalau korang nak tau kenapa aku meninggalkan dunia blogging ni, biarlah entry lain yang menceritakannya ye..

So, untuk entry ini, aku cuma nak memanaskan jari jemari aku je.. Maklumlah, dah lama sangat tak menaip dekat keyboard ni, macam2 benda yang nak aku taipkan ni.. Okay, sampai disini sajalah untuk entry ni, lain entry aku taip lagi banyak ye..hehehe

Friday, July 27, 2012

Sapa nak jadi awek saya..??

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

agak2 dia nak tak jadi awek aku...hehhe (google image)

Amboi2 aku ni, dah desperate sangat ke sampai nak kena bagitau kat sini..?? Apakah aku ni sudah tiada perasaan malu atau aku sudah tidak percaya pada ketentuan Ilahi bahawa jodoh aku itu sudah tersedia dan hanya menanti masa sahaja...??

Hahahaha, takde lah.. Sebenarnya aku tengah boring sekarang ni, so sajelah nak merepek meraban dekat blog ni.. Korang tak kisah kan untuk baca entry entah apa2 ni.. Kalau korang amik kisah, silalah nyatakan di ruangan komen dibawah..

Tapi kalau korang nak tulis gak kat tempat komen tu, aku tidak lah menghalang.. Yelah, siapa lah aku untuk menghalang niat suci lagi murni korang tu.. Okay lah, aku nak buat operasi singgah sahur blog korang pulak..

P/s : Psst, takde sapa nak jadi awek aku ke...hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...