Monday, February 06, 2012

What..!! biar betul aku ni..

Salam dan hai kepada readers sert para pembaca semua..

Perhh, apa telah jadi dekat aku ni..?? Kenapa aku sanggup dan tergamak untuk melakukan semua ini..?? Mengapaaa..!!!! Okay, cukup dengan ayat drama swasta aku itu.. Tak tergamak pulak aku untuk melihat korang termuntah apabila membaca ayat2 drama aku yang lain..

Hmm, kali ni apa benda yang telah aku lakukan ye..?? Meh kita tengok senarai check list aku ye..
-Bangun pagi.
-Mandi.
- Sarapan.
Err, aku rasa sama check list aku ni sama macam korang jugak.. So, tak payah lah aku nak membazirkan masa korang untuk membaca nya ya..

Ini lah sebenarnya yang telah berlaku.. Dah perenggan ketiga baru aku nak bagitau..?? Haish, entah apa2 lah aku ni.. Korang lihat gambar rajah dibawah ini ya..

Eh, bukan yang ini.. Yang ini buat apa.. Sebenarnya gambar yang bawah ni hah..

kalau nak tengok, klik lah bagi besar..
Hah, faham tak apa yang cuba aku jelaskan disini..?? Takpe, kalau tak faham pun tak mengapa sebenarnya, sebab aku memang akan terangkan.. Gambar yang korang tengok tu adalah gambar jumlah post aku pada bulan Januari tahun lepas..

Tapi cuba tengok gambar bawah ni pulak..??

Perghh, jauh benor bezanya kan.. Mengapa jumlah entry aku pada tahun ni jatuh merudum sangat..?? Sedih betul aku bila melihat gambar itu.. Kenapa lah aku dah tak jadi rajin macam dulu..?? Tak mengapalah, biarlah aku sendiri yang menjawab soalan2 itu..

Okaylah, aku nak pergi mengenangkan kenangan2 indah aku bersama blog ni.. Manalah tau nanti timbul balik mood blogging macam dulu..hehe

Friday, January 06, 2012

Kusut nya kepala ni..T_T

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Kusut kepala..
Apakah makna sebenar yang tersurat disebalik perkataan itu..??
Adakah ia membawa makna yang seseorang itu sedang mengalami kegatalan kulit kepala lantas rambut di kepalanya menjadi kusut..

Apa benda lah yang aku merepekkan ni..?? Kesian korang kena baca perenggan atas tu. Sebenarnya macam ni, aku sedang mengalami kekusutan kepala sebab memikirkan masalah.. Masalah apa..?? Sudah tentulah masalah tentang cara2 untuk terbang..hehe

Tengok tu, merepek lagi.. Kesian dekat korang kan.. Sebenarnya aku mengalami masalah kewangan, so kepala ni pun kusutlah sebab nak kena fikirkan cara2 untuk dapatkan wang atau duit.. Kalau nak ikut cara senang, aku rompak je duit dekat bank tu..

Tapi bila mengenangkan bahawa cara itu boleh mendatangkan kemudaratan yang tinggi dikalangan aku dan keluarga aku.. Maka aku terpaksa mencari cara lain.. Ala, lagipun aku bukannya berani nak pergi rompak bank..huhu

Korang ada apa2 cadangan tak..?? Agak2nya apa cara yang membolehkan aku dapat duit dengan kadar segera..?? Sesiapa yang terbaca ni sila komen ye.. Kalau korang tak komen, aku sumpah sesumpah korang jadi mentadak..hehe

Monday, January 02, 2012

Apa dah jadi niiii...!!!!

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Okay, bagi mereka yang tak tau tu.. Aku nak bagitau yang aku sudah mula kembali berjinak2 di dalam dunia blog ni.. Namun aku tak tau lagi sampai bila aku boleh bertahan, sebab sekarang ni aku sudah mula dikekang oleh jadual seharian aku..huhu

Ni aku nak ceritakan lah sikit.. Oleh kerana aku ni dah lama tak menaip, so bila menaip ni terasa benor janggalnya.. Err, bukan jungle ye, tapi janggal atau pelik dalam bahasa latin lain.. Apa yang janggal or  pelik bebenor tu..??

Mana tak peliknya, setiap kali aku mula nak taip laju2, maka mestilah akan berlakunya kemalangan kesilapan dalam tulisan aku ni.. Mujurlah ada butang backspace ni, dapat lah juga dia memadam kesilapan tulisan aku ni.. Kalau aku tak gunakan backspace tu, mesti korang sendiri tak dapat nak faham apa yang aku cuba ceritakan..

Meh sini aku try taip laju2 tanpa guna backspace ye, hope korang paham lah ye..
" Malam tadi memang sangat hindah, aku memang sangat suka bolaberada di samping ko.. Aku harap sangat yang malam tadi tidak akan berakhir, namun apa yang boleh aku lakukan.. Masa tetap juga berjalan meninggalakan sessiapa yang terlupa dan terlalai..

Tengok tu, punyalah banyak typo yang telah aku lakukan.. Sila percaya yang perenggan atas tu aku tulis tanpa  menggunakan backspace.. Tapi kalau korang tak percaya, apa yang boleh aku buat..huhu

P/s : Aku nak mintak maaf jika entry semalam membuatkan korang terasa, aku pun tak tau macam mana aku boleh tulis macam tu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...