Thursday, July 07, 2011

Kau yang aku cinta..

Setiap malam aku merenung dada2 langit sambil memerhatikan bintang2 yang tidak pernah berhenti berkilau.. Sungguh indah ciptaan tuhan, sama juga dengan bagaiman indah nya wajah kamu.. Ketika pertama kali aku melihat wajah kau, sesungguhnya aku memang terpesona..

Ingin sekali aku aku memiliki diri kamu yang sungguh hebat itu.. Namun apakan daya untuk diri aku ini untuk memiliki kamu.. Aku hanyalah seorang lelaki yang masih belum mampu dan belum lagi bersedia untuk memiliki diri kamu itu..

Tapi aku percaya yang suatu hari nanti aku akan berjaya memiliki diri mu, dan tatkala itu sudah pasti kehidupan aku akan mula menjadi kehidupan yang sangat indah.. Sedang aku termenung itu, tiba2 muncul seorang lelaki berjubah putih menghampiri aku..

"Cintailah tuhan mu sebelum kamu mencintai hambanya.." kata lelaki berjubah tersebut.. Aku yang masih terpaku kerana terkejut dengan kehadiran lelaki itu tidak mampu berkata apa2.. Lidah aku menjadi kelu dan anggota badan ku menjadi kaku..

"Sesungguhnya cinta kepada tuhanmu itu akan membuatkan kamu lebih tenang.." sambung kata2 lelaki itu lagi.. Aku yang pada masa itu terdiam, tiba2 tertunduk dan terasa seakan2 tesentak dengan kata2nya itu.. Ya, aku baru tau yang selama ini aku lebih mementingkan dunia..

Selama ini aku lebih memandang kearah keduniaan berbanding di akhirat kelak.. Aku menyesal dan tanpa aku sedari air mata aku secara tiba2 sahaja jatuh dan mengalir kepipi.. Aku cuba untuk bercakap dengan lelaki itu, namun apabila aku pandang ke arah lelaki itu..

Dia telah hilang, tiada langsung tanda2 kewujudannya disitu lagi.. Aku terus terduduk sambil menangis kerana terkenang kan bagaimana aku dengan mudahnya melupakan tuhan aku.. Aku menyesal dan kini aku berjanji untuk tidak lalai dari melakukan segala suruhan-Nya..

P/s : Adeh, tadi nak tulis lain lepas tu jadi lain pulak..huhuhu

Semangat yang hilang..

BERLIN : Seorang pelajar universiti telah terlantar dirumahnya setelah beliau menyedari bahawa dia telah kehilangan semangat didalam dirinya. Menyedari perkara tersebut amat penting bagi dirinya, maka beliau telah pun membuat satu laporan polis.

Pihak polis ketika ditemui berkata bahawa mereka akan cuba sedaya upaya mereka untuk mengesan dan menjejak semangat pelajar tersebut. Satu pasukan khas juga telah ditubuhkan bagi menyelasaikan kes kehilangan yang dianggap sebagai kes high profile.

Menurut pelajar tersebut, pada waktu itu beliau baru sahaja pulang dari kedai. Ketika mahu masuk kedalam rumah, dengan secara tiba-tiba sahaja keadaan menjadi gelap. Dan apabila beliau sedar, dia mendapati bahawa semangat dia telah hilang.

Pihak tentera telah dikerah untuk mengawal dan memerhati keadaan pelajar tersebut. Menurut dari sumber, pihak tentera tersebut diarah berkawal kerana mereka perlu menghalang satu makhluk yang dipanggil sebagai MALAS. Makhluk ini akan menyerang sesiapa sahaja yang telah kehilangan semangat.

Kini orang ramai diminta untuk membantu pelajar tersebut untuk mencari semangat beliau yang telah hilang. Tambah pihak polis lagi, sesiapa yang menyimpan atau menyorokkan semangat pelajar tersebut akan dihukum penjara seumur hidup dan denda sebanyak RM 2 trillion.

Hahaha, entah apa2 lah jadinya dengan artikel aku ni.. Haih, itulah yang jadi kalau menaip ketika mata terbuka separuh sahaja.. Idea kemana, tulisan pun entah ke mana..hehe. Ya, memang betul semangat aku dah hilang..

So, sekarang ni aku tengah mengumpulkan semangat aku ni kembali.. Kalau bernasib baik, cepatlah semangat tu datang.. Kalau tak, entah sampai bila lah perasaan malas ni nak duduk dalam badan aku ni..huhu

P/s : Artikel tu just saje2 je, tiada kena mengena2 dengan sesiapa pun..hehe

Wednesday, July 06, 2011

Menaip tanpa berfikir..

Okay, malam ni aku tengah nak try menaip tanpa berfikir sepatah perkataan pun.. Apakah aku mampu untuk melakukannya..?? Jika aku mampu pun, apakah ianya akan membuatkan peristiwa ini tercatat di di kalendar2 sebagai sejarah penting..

Hahaha, dah2 korang jangan percaya dengan apa benda yang aku nak buat tu.. Kalau aku tak berfkir, macam mana aku tau perkataan2 yang sedang aku taip ni.. Kalau aku tak berfikir, bukankah aku sudah rugi kerana tidak menggunakan salah satu ciptaan yang hebat ini..

Err, aku terus terang jelah ye.. Aku sebenarnya tengah takde idea untuk menaip di entry ini.. Dah2, aku tau yang korang dah bosan dengan alasan aku yang sama ni.. Tapi aku still juga nak bagitau yang aku tengah takde idea ni adalah disebabkan ketensionan aku ni..

Ketensionan yang datang akibat mengalami satu masalah.. Nak ceritakan problem ni pun aku rasa macam malas.. Yelah, nanti bile problem tu dah selesai, barulah aku storikan apa benda yang patut okay.. Dah2, aku nak pergi menenangkan fikiran aku sekarang ni..huhuhu

P/s : Tak sangka ada yang pelik bila aku kata aku takde idea, tapi still boleh taip panjang2..hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...