Saturday, June 11, 2011

Wah, aku nampak UFO lah..!!

Huish, biar betol dengan apa yang aku taip ni.. Dekat Malaysia ni ada ke UFO..?? Kalau setakat dengar cakap orang tu adalah, tapi kalau bukti tu aku masih belum nampak lagi.. Korang pernah tak dengar atau nampak UFO ni..??

Okay2, seperti biasalah aku akan cerita kan apa kah kisah yang sebenar2nya.. Macam ni, petang tadi masa aku pergi keluar pergi mencari sesuap nasi.. Eh2, salah ayat la pulak.. Petang tadi aku pergi keluar, ingatkan nak pergi kedai beli sikit barang..

Tapi malangnya barang yang aku cari tu tak ada pulak.. So, terpaksalah aku pulang dengan tangan kosong.. Time atas motor di jalan yang sunyi itulah perkara yang aku nak ceritakan ini terjadi.. Aku ternampak seakan2 sesuatu yang pelik pulak didada langit..

Aku memberhentikan motor aku dan cuba memerhati dengan lebih teliti.. Aku mengecilkan mata aku dan cuba menangkap apakah benda yang aku nampak itu.. Tapi entah kenapa mata aku tadi agak pedih masa memandang  benda alah itu..

Jadi aku mengambil keputusan untuk menggunakan kamera di handphone aku itu.. Setelah mengambil beberapa keping gambar, lalu aku pergi meninggalkan kawasan itu dengan kadar segera.. Yelah, takut juga kalau2 aku kena kidnap dengan alien ke, naya aku nanti..huhu

Jadi korang jemput2 lah tengok gambar2 yang aku amik tu.. Aku cuma dapat upload satu gambar je, takpe kan..??







Eh2, macam mana boleh salah amik gambar ni.. Err, kalau betul lah ini gambarnya, maknanya aku lah yang salah pandang..Owh, maaf kan aku ye korang semua..hehe

P/s : Ini entry rekaan sahaja, gambar tu pun aku google je..^^

Kalau macam tu, tandanya ialah..

Kalau macam tu apa..?? Kalau aku boleh terbang macam Superman ke..?? Or, kalau aku ialah seorang yang hartawan, jutawan, dermawan atau Pak Wan..?? Tak lah, bukan itu yang nak di kalau kan.. Mungkin  lain entry ayat2 itu boleh diguna pakai..

Aku rasa orang yang rajin komen dalam blog ni mungkin akan perasan lah.. Tapi itu pun kalau dorang perasan, korang perasan tak ni..?? Mesti korang kadang2 rasa macam pelik kenapa tempat komen aku tu kadang perlukan pengesahan untuk diluluskan, dan kadang2 tidak kan..

Sebenarnya ada sebab kenapa benda itu boleh terjadi.. Korang nak tau ke tidak kenapa..?? Kalau tak nak tau aku tak nak bagitau.. Okay, siapa yang nak tau sila angkat tangan ye.. Satu, dua tiga, angkat tangan cepat.. Huih, ramainya yang angkat tangan sampai dekat 1000 orang ye..

Okay, cukuplah satu penipuan aku ini.. Bajet macam ramai yang nak tau je, aku bukan lah orang yang popular sehingga sampai macam tu sekali orang nak ambik tau.. Nak bagitau ni, kalau korang komen dekat tempat komen aku tu dan komen korang tu terus muncul di tapak pembinaan..

Itu tandanya yang hari itu aku tak akan bukak blog.. Mungkin aku malas nak bukak blog atau aku tiada masa untuk membuka blog ni.. Dan jika entry korang tu memerlukan pengesahan, itu tandanya aku dah jadi seorang werewolf..hehehe

Taklah, ala takkan tak faham2 lagi kot.. Itu tandanya aku akan ada masa untuk membuka blog ini.. Jadi adakah misteri ini sudah terbongkar..?? Belum lagi sebenarnya.. Korang tanya  kenapa..?? Sebabnya ini bukanlah satu misteri, so macam mana nak jadi misteri terbongkar pulak..

Dah2, sebelum korang makin pening dengan ayat2 yang aku sendiri tak faham, lebih baik aku stopkan entry ni.. Lepas ni cubalah korang komen, tengok adakah hari ini aku akan bukak blog atau tidak.. Kalau aku tak bukak blog pun, korang jangan lah terus tak singgah blog aku ye..hehe

Eh2 blogspot ni, buat perangai pulak dia..

Err, sebelum aku memulakan sesi meluahkan perasaan tidak puas hati ni, aku ucapkan salam kepada korang semua.. Korang dah sarapan ke belum ni..?? Kalau dah, korang makan apa..?? Sedap tak..?? Ni mak korang yang masak atau korang beli je..??

Ish2, banyak sangat pulak aku tanya kan.. Tapi aku tau korang bukan nak jawab pun soalan2 tu semua.. Jadi lebih baik kalau aku teruskan ke segmen meluahkan hati yang tak puas ni.. Aku sendiri tak pasti sama ada korang perasan atau tidak..

Tapi aku rasa korang mungkin tak perasan kot.. Kalau macam tu meh sini aku perasan kan dekat korang, tapi bukan nak buat korang perasan tau..hehe. Aku sebenarnya selalu buat entry autopost, tapi sejak dari semalam lagi yang aku dapati entry yang telah diautopost itu lambat keluar dekat dashboard..

Tak berapa faham ke dangan apa yang aku bagitau tu..?? Macam ni, aku dah buatkan entry autopost untuk pukul 4 petang, tapi dekat dashboard entry itu ditunjuk masa pukul 10 malam.. Perkara ini akan menyebabkan berlakunya inflasi terhadap ekonomi negara di rantau Asia..

Ah, banyak lah rantau Asia.. Sebenarnya ini akan menyebabkan entry aku itu lambat dibaca pada waktu yang sepatutnya.. Tapi apa boleh buatkan, dah guna benda free, redha jelah kalau dia nak buat problem pun..huhu. Entry ni pun aku tak tau lah keluar masa pukul berapa..~_~

P/s : Malam tadi pun tempat follower aku hilang kejap..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...