Saturday, May 21, 2011

Korang ni baran tak..??

Eh2, ni apahal pagi2 dah tanya soalan yang macam tu..?? Orang pagi2 tanyalah dah sarapan ke belum..?? Dah mandi ke belum, paling tak pun tanya dah bangun ke belum.. Okay2, aku tanya lah ni, korang dah makan ke belum ni, kalau dah makan cepat jawab soalan di bahagian tajuk tu..

Kalau korang sendiri tanya aku, aku sendiri tak tau nak jawab apa.. Aku rasa aku ni cuma baran bila dengan adik2 aku je.. Yelah, dorang ni dah lah asyik bergaduh je, macam mana aku tak baran.. Namun walau macam mana pun kalau dengan orang lain aku boleh kawal baran aku ni..

Cuma satu jelah yang aku tak boleh tahan,aku tak boleh kalau dengar orang tu marah2 dan pada waktu yang sama, dia menyebut perkataan sensor.. Aku sendiri tak tau kenapa, bila aku berhadapan situasi macam tu, aku rasa dalam badan aku ni nak je pergi tumbuk orang tu..

Dan demi mengelakkan perkara itu berlaku, maka aku pergilah meninggalkan kampung halaman aku ni.. Cewwah, sampai nak meninggalkan kampung pulak aku ni, macam sengal lah pulak kalau aku tingalkan kampung sebab nak elakkan pergaduhan..

Tapi alhamdulillah lah sebab sepanjang aku hidup ni tak pernah lagi aku bergaduh dengan orang.. Aku pun sebenarnya tak suka nak baran2 ni, lagi2 sampai bergaduh.. Ibu selalu pesan, pakaian kotor boleh dicuci, tapi hati yang suci sukar dicari..

Eh2, apahal iklan sabun pun masuk juga dalam entry ni, dia ada share apa2 ke dekat dalam blog ni.. Ah, abaikan jelah apa yang aku mengarutkan tu.. Jadi cuma itu jelah benda yang aku nak share kan pagi ni.. Korang pulak macam mana, baran tak..??

* Baran = Cepat marah

Udara subuh pada diri kita..

Wah, ni apa mimpi aku postkan entry masa subuh2 ni, waktu subuh pun belum masuk lagi (dekat kawasan aku).. Eh, lupa pulak aku nak ucapkan salam dekat korang semua, tak kisahlah yang masih lena diulit coklat hazel mimpi..

Sebab nanti korang akan bangun juga baca entry aku ni.. Perghh, yakin gila aku ada orang nak baca entry aku pagi2 ni.. Takpelah, lagipun ini sebagai ujikaji untuk melihat sama ada time2 ni korang dah bangun ke belum.. Kalau tak ramai yang baca entry ni, maknanya ramailah yang masih terlena..hehehe

Sasaran aku untuk orang yang akan baca entry ni pada waktu ini ialah korang2 yang tengah study, dan korang yang dah bangun pada pukul 4 lebih.. Owh ye, sebelum entry ni terbabas dengan lebih jauhnya, baik aku ceritakan apakah motif tajuk diatas..

Sebenarnya takde apa2 motif pun, just saje nak share kan dekat korang apakah kebaikan udara pada waktu subuh ni.. Antara kebaikan2 teh.. Eh, silap pulak, ingat nak buat iklan teh lipton tadi..hehe.

* Badan akan jadi lebih segar..
* Otak akan mudah menerima apa saja ilmu..
* Menenangkan minda..
* Akan mengubah aura2 negatif dalam badan kepada aura positif

Okay, cuma itu jelah yang aku tau.. Lagi pun aku dapat tau ni dari cikgu sekolah menengah aku dulu.. So, tak pasti sama ada itukah yang dia bagitau dulu..hehe. Aku nak pergi jalan2 pusing satu taman rumah aku ni, sapa nak ikut..^^

Friday, May 20, 2011

Alamak, aku dah lambat postkan entry ni..

Adeh, macam apa yang korang baca dekat atas tu, entry ni aku lambat postkan lah.. Kalau macam sebelum2 ni aku akan postkan entry pada pukul 10.25 malam, tapi hari ni pukul 10.25 baru aku nak buka blog.. Ditambah lagi dengan tengah takde idea sekarang ni..

Eh2, sebenarnya ada idea, tapi aku dah susunkan idea tu mengikut jadual yang telah aku tetapkan lah.. Jadi untuk idea malam ni memang aku fikir aku nak relax je.. So, malam ni pun tiada lah lagi entry rekaan untuk aku postkan malam ni..

Aku fikir aku nak buat perubahan lah dekat blog ni, tapi masih takde idea nak buat perubahan apa.. Nak design header pun aku tengah fikirkan nak buat konsep apa.. Kalau boleh aku nak buat macam blog Ini kisah tia dan Cik Ina, kenapa aku nak buat macam blog dorang..??

Sebab aku tengok blog dorang ni dah macam website pulak.. Ni yang jeles ni, aku nak korang pergi blog dorang dan suruh dorang buat tutor macam mana nak buat layout macam tu.. Aku mencari juga layout macam tu, tapi tak jumpa pulak..

Dah lah layout macam website, lepas tu ringan pulak tu.. Agak2 apa lah rahsia blog dorang ye, korang berdua sila jawab cepat.. Kalau tak nanti aku sendiri yang jawab pulak, korang mesti tak nak kalau aku sendiri yang jawab soalan tu..hehe

Okay lah, aku rasa cukup sampai disini untuk aku menaip di entry ini, sekarang ni dah pukul 10.43.. Kalau makin lama aku mengarut, makin lambat pulak untuk aku postkan entry ni.. Tapi aku rasa korang mesti tak kisahkan kalau aku lambat post entry ni..^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...