Thursday, May 19, 2011

Nuffnang ni... Grrrr..!!!

Ni apahal ni, bunyi macam ada perasaan tak puas hati je dengan nuffnang ni.. Memang aku tak puas hati ni, aku tak puas hati betul dengan nuffnang ni tau.. Kenapa aku tak puas hati pulak ni..?? Satu persoalan yang aku nak korang tanya, boleh tak..hehe

Sebenarnya macam ni, korang nampak tak iklan nuffnang dekat atas entry ni..?? Bukan yang bawah header or yang dekat belah tepi tu, dan bukan juga iklan churp2 ye.. Tapi yang dekat atas entry tu lah, ala korang jangan nak buat2 tak nampak pulak ye.. Kalau nampak sila klik jika berminat, jika berminat je..

Iklan apa yang korang nampak dekat situ..?? Iklan Hong Kong Disneyland kan..?? Cuba tengok gambar siapa yang ada dekat situ.. Kenal tak gambar siapa tu, sebab kalau kenal sila bagitau aku ye.. Aku tak kenal siapa dia, yang aku tau nama dia ialah Hanis Zalikha dan Jane Chuck (iklan lagi satu), dan dorang ni ialah blogger..

Eh, betul ke apa yang aku bagitau ni, kalau salah korang tolong betulkan ye.. Sekarang yang aku tak puas hati ialah kenapa bukan gambar aku dalam iklan tu.. Ni yang rasa macam nak kena hantar ticket banyak2 dekat nuffnang ni..
lawak pulak bila aku tengok gambar ni..

Haha, berangan giler aku ni kan.. Siapalah aku ni untuk orang upah masuk dalam iklan dorang tu.. Dah lah nama pun Arpiiz, ish nama apa tu..?? Nanti mesti orang ingat yang nama tu nama alien dari planet Kroghus.. Hah, sudah lah tu, aku malas nak merepek petang2 ni, lagi best aku makan kerepek..

Niat hati ni nak bagitau yang iklan Hong Kong Disneyland tu ialah BE aku yang ke-2.. Alhamdulillah, aku harap rezeki aku akan bertambah2 dengan bertambahnya BE ni.. Encik nuffnang, lain kali letak lah BE banyak2 dekat blog saya ye, saya suke ni..hahahaa (gelak secara berhemah)

P/s : Kalau takde iklan tu, mungkin masa untuk iklan tu keluar dah habis..

Yelah2, aku nak mintak maap lah ni..huhuhu

Apa2 hal pun untuk first entry hari ni, aku nak ucapkan salam kepada para readers yang sedang membaca entry ini dan juga entry malam tadi.. Eh, kenapa entry malam tadi pun masuk juga..?? Kalau nak tau, bacalah sampai habis dulu ye..

Sambung balik dari tajuk tu.. Yelah2, aku nak mintak maap lah sebab dah buat korang rasa tertipu, terkentut, termarah2.. Bukan aku sengaja nak buat entry macam tu, aku takde niat pun nak buat macam tu.. Masa aku tulis entry tu pun aku rasa macam bosan je..

Mesti korang tertanya2 kenapa aku menulis dengan gaya yang seakan2 sedih dan kecewa kan.. Jangan risau, itu hanyalah lakonan semata2 sahaja.. Tapi apa2 pun aku nak ceritakanlah tentang entry malam tadi, entry yang telah membuatkan readers blog aku terasa dizalimi ditipu..

Bagi sesiapa yang belum baca entry malam tadi, pergi baca cepat.. >> Berita dari pihak blogspot.. Tak sangka pulak aku entry yang aku rasa macam boring tu telah membuatkan korang2 semua berasa terkejut tahap tercabut jantung.. Menurut dari komen tu, sampai ada yang nak bertukar jadi Hulk dah..

Tapi aku nak rasa bangga sikitlah sebab entry tu dapat komen yang agak tinggi berbanding entry yang lain..hehe. Sampai ada blogger yang telah membuat entry lagi memberitahu yang dia tak puas hati dengan entry aku tu.. Kalau korang nak baca pergi lah ke entry beliau yang ini ye.. >>Tipah tertipu weh!!

Sebenarnya dia bukan tak puas hati, cuma menyatakan rasa geramnya terhadap entry tu, katanya muka dia sampai merah masa baca entry tu.. So, aku dengan ini nak menyusun sepuluh jari ditangan, dan memohon maaf sekiranya entry itu membuatkan korang tercarut2, terkentut2 dihadapan laptop korang tu ye..hehe

Pagi ni bila aku baca balik komen2 korang, tergelak aku sorang2 dekat rumah ni.. Agaknya macam mana lah kalau email tu betul2, mesti korang sibuk nak buat backup kan.. Owh lupa nak bagitau dekat korang, widget follower tu dah ada balik, so korang tak payah lah risau lagi ye..^^

P/s : Kalau aku tak bagitau yang entry tu rekaan, agak2 jadi isu tak..??

Wednesday, May 18, 2011

Berita dari pihak blogspot...

Ye2 aku tau yang korang semua tengah resah gelisah ibarat cacing sedang kepanasan sebab dia nak buat tanning.. Jadi untuk entry malam ni biarlah aku jelaskan kepada korang apakah yang telah berlaku terhadap widget follower korang tu..

Bagi yang tak tau tu meh sini aku nak bagitau awal2.. Pada blog korang tu sebenarnya telah kehilangan satu widget yang teramat penting tau.. Kalau tak percaya cubalah korang pergi tengok dekat blog korang tu, mesti widget follower korang tu sudah menghilangkan diri kan..

So, disebab kan aku ada member yang berkerja dalam bahagian blogspot ni, maka aku akan menjelaskan kepada korang apa yang telah berlaku pada widget2 follower korang tu.. Biar aku pastekan jelah apa yang dia dah emailkan dekat aku..

Kepada Arpiiz.


Kami memohon maaf atas kesulitan yang sedang berlaku pada saat ini. Pihak kami pada ketika ini sedang cuba mengembalikan semula widget-widget follower itu. Namun kemungkinan untuk widget follower itu menjadi kosong semula agak tinggi.


Pihak kami juga memohon maaf sekali lagi kerana menurut jangkaan kami, kesemua blog didalam dunia ini terpaksa dihapuskan dalam masa 24 jam sahaja lagi. Ini semua adalah kerana masalah itu adalah masalah jangka panjang selepas kami membuat beberapa pembaharuan.


Jadi kami berharap agar tuan akan membuat salinan terhadap entry2 anda yang berada didalam blog anda itu. Pihak kami tidak akan membuat sebarang salinan untuk blog anda kerana kami terpaksa membersihkan semula semua data yang ada di dalam pengkalan kami.


Harap penjelasan itu dapat menjawab segala pertanyaan tuan tadi.

Hah, macam mana.. Blog korang akan dihapuskan dalam masa 24 jam lagi, kiranya esok malam semua blog akan hilang... So, cepat2 lah korang copy paste entry2 korang tu supaya dapat diletakkan dalam blog baru korang nanti..

Err kejap ye, sebelum berlaku apa2 kekecohan.. Aku nak bagitau yang email itu hanya rekaan semata2 sahaja.. Ianya direka khas untuk mengisi entry aku malam ni..hehehe. Korang tak marah kan..???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...