Friday, May 06, 2011

Tiada tajuk untuk entry ni..

Salam buat para readers semua.. Masa korang baca ni sila baca dengan emosi yang penuh gembira supaya korang dapat feel sikit masa baca entry ni.. Eh2, apahal aku nak suruh baca entry ni dengan penuh feel..?? Entah lah, mungkin sebab saja2 kot..

Baru balik dari kelas ni, so agak penat dan kemungkinan untuk aku menulis ayat2 merepek plus merapu mungkin akan meningkat secara mendadak.. Apa benda lah yang aku nak tuliskan dekat dalam entry ni ye..?? Sesiapa tolong bagi idea dekat aku boleh tak..

Err, kalau takde takpelah, aku habiskan lah ayat untuk entry ni ye.. Tapi rasa macam pendek sangat pulak, ni yang tak best ni.. Apa yang tak best..?? Yelah, tak bestlah kalau jari ni rasa rajin nak menaip, tapi idea pulak tak nak datang.. Tadi masa atas motor mencurah2 idea datang..

Hmm, kalau takde idea sudah lah.. Aku nak buat blogwalk lah, manalah tau nanti boleh dapat idea pulak ke.. Kalau tak pun boleh juga dapat info2 baru yang aku tak tau.. Tapi sorilah ye sebab nanti bila part korang pulak datang baca entry aku, entry aku ni takde info pulak..huhuhu

Kalau aku pandai2 bagi info dah bukan info pulak jadinya, so lebih baik aku biarkan entry ini penuh dengan kata2 yang datang dari jari aku ni.. Apa..?? Ingat jari aku tak boleh berkata2 ke.. Yang korang baca ni sebenarnya kata2 dari jari aku lah..

Aku sebenarnya tengah tidur masa jari aku menaip ni.. Okay, itu dah tipu lah kan.. Tak habis2 aku nak menipu kan, aku harap korang tak bosan lah dengan segala ayat2 tipu yang aku selitkan dalam entry ni..
Owh lupa pulak nak ingatkan, blogger lelaki nanti jangan lupa pergi solat jumaat tau.. Daaa...

Thursday, May 05, 2011

Tangisan misteri di sekolah...

Malam ni ada cerita yang aku nak share dekat korang semua.. Cerita tentang suara tangisan misteri di sebuah sekolah.. Nama sekolah tidak boleh di dedahkan atas langkah berjaga2, yelah manalah tau kalau2 korang or adik korang ke yang sekolah dekat situ..

Cerita nya bermula begini, pada suatu malam yang dingin, cuaca pun dalam keadaan biasa sahaja.. Waktu itu seramai 15 orang pelajar sekolah menengah baru habis kelas tambahan pada waktu malam.. Kalau tak silap aku waktu itu baru pukul 10 kot..

Tiba2 2 orang pelajar terdengar seakan2 suara orang menangis.. Mereka mula pelik kerana pada waktu itu semua lampu kelas sudah ditutup dan itu menunjukkan yang tiada orang lagi dibangunan itu.. Mereka berdua cuba memanggil rakan2 mereka yang lain untuk memastikan bunyi itu..

Tiba2.. "Toloooonggg.... Bukak lah cepaaatttt....!!!" Satu suara yang agak nyaring dan kuat kedengaran di salah satu bangunan itu.. Pada waktu yang sama semua pelajar dah lari ketakutan selepas mendengar suara misteri itu.. Keesokannya memang kecoh juga sekolah tu kerana seramai 10 orang pelajar itu mengalami demam secara serentak..

Cerita itu juga heboh kerana pada masa yang sama kejadian itu berlaku, seorang pelajar telah hilang, ini menunjukkan bahawa pada waktu itu hanya seramai 14 orang pelajar sahaja yang sampai ke rumah.. Pihak polis telah menjalankan siasatan terhadap kehilangan pelajar itu dan sesuatu yang amat mengejutkan telah berlaku..

ini bukanlah sekolah yang dimaksudkan itu..
Akhirnya kes pelajar hilang itu telah  selesai dan kejadian tangisan misteri itu pun selesai bersama.. Korang tak faham ke dangan jalan ceritanya..?? Takpe, memang aku saje nak bagi korang tak faham ni.. Yang sebenarnya tangisan yang dorang dengar ialah suara tangisan pelajar yang hilang itu..

Yang sebenarnya juga, pelajar tu bukan hilang, tapi dia terperangkap di dalam makmal sains akibat tertidur di bawah meja.. Pelajar itu ditemui selepas sahaja pintu bilik makmal sekolah dibuka.. Jadi kesimpulannya disini ialah, sebelum korang balik tu korang check lah dulu sama ada kawan korang tu ada ke tak..

Kalau takde, manalah tau dia tertidur dalam kelas ke or dia memang tak datang ke.. Tapi yelah, sapa yang berani nak pergi check kalau tiba2 dengar suara orang menangis masa malam2.. Korang berani tak..??

Mengantoknya lah...~_~

Alahai, petang2 ni pun still mengantuk lagi.. Agak2nya adakah ia mempunyai petanda2 tertentu kalau kita rasa mengantuk ni.. Siapa tau sila bersila tapi kaki kena lurus.. Hah, tak tau korang macam mana nak buat bersila tapi kaki kena lurus..

Kalau korang nak aku ajarkan boleh je, tapi sebagai permulaan korang kena lah pergi bertapa di gua batu emas selama 3 hari 2 tahun.. Ish2, aku ni tak abis2 nak merepek sebagai kan.. Aku kena pergi berubat ni, kalau tak makin melarat penyakit melalut ni..

Berbalik kepada tajuk yang telah aku nyatakan dekat atas tu.. Mengantok ialah seekor raksasa yang wujud dalam badan kita, tujuan dia ialah supaya kita tidak dapat melakukan kerja dengan bersemangat.. Eh2, silap pulak, itu kalau malas..

Ala, takkan lah aku nak kena bagitau dekat korang apa itu mengantuk.. Kalau ada yang tak tau juga meh sini aku bagi tau dari segi teori aku.. Mengantuk ialah satu keadaan yang membuatkan korang rasa nak baring diatas katil yang empuk bertemankan bantal peluk yang besar gedabak..

Ada beberapa faktor yang membolehkan korang rasa mengantuk pada waktu petang.. Di bawah ni aku bagi senarainya ye.. :

* Penat selepas melakukan aktiviti yang banyak.
* Makan banyak, orang masa petang cuma makan biskut je, bukan makan ayam golek..hehehe
* Boring tahap dewa.
* Kadar oksigen dalam kepala korang sudah mula berkurang
* Sebab korang rasa mengantuk lah..

Okay, itu sahaja faktor yang dapat aku fikirkan masa ni, kalau korang nak tambahkan lagi pun boleh, takde hal lah... So, apa yang korang nak kena buat kalau dah mengantuk sangat ni...?? Korang pergilah tidur sekejap, tapi pastikan sekejap je tau..

Korang percaya tak, kalau masa petang korang dapat lelap dalam masa 5-10 minit, bila korang bangun mesti segar macam korang dah tidur selama 8 jam.. La, korang tak percaya ke..?? Kalau tak percaya korang boleh tidur petang ni, tapi sebelum tidur tu korang suruh lah member korang kejutkan lepas 10 minit korang tidur..

Sebab aku dah test dan buat ujikaji ni, so aku pun berani lah bagitau dekat korang.. Kalau korang teringin nak aku jelaskan secara saintifik aku rasa korang kena lah lupakan keinginan korang tu.. Sebabnya aku tak reti dan aku tak tau nak menjelaskannya..huhuhu

P/s : Kalau tak menjadi, itu tandanya korang terlampau penat, so sambung tidur lepas maghrib nanti ye..hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...