Wednesday, May 04, 2011

Korang memang tak layak untuk....

Salam pagi semua readers yang sedang membaca entry di blog aku ni.. Sebelum tu aku nak ucapkan terima kasih kerana sudi merajinkan diri korang untuk membaca segala benda yang aku tulis dalam blog ni.. Ni yang tiba2 rasa nak nangis ni..huhuhu

Okaylah, tanpa aku membuang banyak masa yang terluang ni, aku teruskan kepada benda yang aku nak tulis kan ni.. Banyak benda yang membuat kan korang tak layak untuk menjadi seseorang kalau korang masih ada kelemahan seperti ini..
kalau macam ni memang tak bayang apa2

* Menjadi pencuri..
= Kalau setiap kali nak mencuri je, terbayang malaikat maut, paling koman pun terbayang kan kubur..

* Menjadi usahawan yang berjaya..
= Kalau baru dapat duit untuk buat modal, tapi korang dah habiskan macam korang dapat untung..

* Menjadi bapa mithali / soleh / baik..
= Kalau asal tension je, sepak terajang anak bini sampai dorang report polis (padan muka)

* Menjadi doktor bedah..
= Kalau setiap kali pegang pisau, tangan menggigil macam orang duduk dekat Alaska..

* Menjadi seorang penipu
= Kalau belum sempat nak menipu lagi, hidung dah kembang sampai orang boleh tau niat korang nak menipu..

* Menjadi seorang imam..
= Kalau baca Al-Fatihah pun terangkak-rangkak..

P/s : Hari ni agak sibuk, so mungkin akan kurang berblogwalk..

Tuesday, May 03, 2011

Inilah jadinya kalau tak study sebelum test...

Haih, bunyi tajuk tu macam nak target dekat seseorang je..?? Ye, memang aku nak target kan entry ini untuk seseorang yang tersangatlah malas nak study.. Bila nak exam or test, barulah sibuk nak cari nota dan baca.. Katanya dia sanggup rebus buku nota tu dan minum airnya supaya dia senang jawab test nanti..
ini gambar yang aku amik secara senyap2..

Gerangan siapakah yang telah aku maksudkan itu.. Ala, nantilah dulu aku bagitau dekat korang.. Tak best lah kalau korang tau awal2.. Sebelum aku nak bagitau ni, aku nak story lah sikit satu kejadian yang telah berlaku pada blogger ini akibat study last2 minit..

Korang nak tau ke tidak ni..?? Kalau tak nak tau sudah lah, aku nak sambung citer ni jugak.. Tak kisahlah kalau ada halangan dan rintangan yang menghalang, akan aku tetap juga menceritakan kejadian ini untuk pengajaran korang.. Eh2, termelalut panjang pulak, aku teruskan ye..^^

Pada suatu masa dahulu.. Ah, payahlah nak buat cerita macam cerita dulu2, aku buat stail biasa jelah.. Adalah satu hari tu, blogger ni akan menghadapi test subjek math (kalau tak silap lah).. Tapi oleh kerana blogger ni tersalah informasi, maka pada malam sebelum test tu, dia study lah untuk subjek komputer..

So, apa yang akan jadi kalau korang menghadapi kejadian seperti itu..?? Sudah mestilah masa test tu korang gelabah tahap tenuk hilang kereta sport (ni tenuk maju..hehe).. So, sejak hari itu blogger itu sudah mula insaf.. Dia berjanji yang dia akan memastikan subjek apa yang akan ada test sebelum dia study malam tu..

Moral of the story, sila pastikan korang makan sebelum study okay, nanti takdelah lapar masa study.. Owh, ye, kalau korang nak tau siapa blogger tersebut, ini link untuk pergi ke profile dia.. Kalau korang rajin korang pergilah pulak ke blog dia dan bagi nasihat dekat dia ye..>> profile blogger tu

Menunjukkan identiti..

Salam pagi korang semua.. Korang dah bangun tidur ke belum ni..?? Kalau belum cepat2 pergi bangunkan diri sendiri tu.. Tapi kalau korang tak bangun macam mana korang nak baca entry ni,betul tak..?? Ni apahal aku pagi2 lagi dah bangun buat entry ni..??

Ala, biasalah kalau pagi2 ni ada mood nak menaip sesuatu diatas helaian kertas putih ini.. Err, blog ada helaian ke..?? Ah, abaikan jelah apa yang telah aku carutkan diatas tu.. Eh, bila masa pulak kau mencarut ni arpiiz..?? Betul juga tu, bila masa pulak aku mencarut..??

Yelah2 aku sudahi repekan aku ini dengan tasbih kifarah.. Kini aku mulakan topik perbincangan aku ini dengan tajuk "Menunjukkan Identiti..".. Siapa yang nak tunjukkan identiti..?? Satu persoalan yang korang mesti timbulkan dalam kepala korang, kalau tak nanti aku yang timbulkan sediri..

Begini maksud aku, seorang blogger mempunyai pilihan untuk menunjukkan identiti dia yang sebenar dan boleh juga untuk menyembunyikannya.. Aku dah jumpa banyak blogger yang menunjukkan identiti dia, tak kurang juga yang sembunyikan dengan menamakan dirinya dengan nama yang lain..

Jadi disini aku nak tanya dekat korang semua, apakah patut semua blogger menunjukkan identiti dia yang sebenar atau mencipta satu watak yang mewakili diri mereka.. Jawapan terpulang kepada diri anda, jadi andalah yang tentukan.. Eh, dah macam rancangan realiti pulak..huhuu

Macam aku sendiri, aku sendiri tak tau sama ada aku ni dikira sebagai blogger yang menunjukkan identiti atau tidak.. Kenapa korang tanya..?? Sebab bagi yang perasan, aku teramat jarang meletakkan gambar yang ada pada/wajah diri aku.. Semua gambar tu aku curik dari google.. (pakcik google jangan marah ye..^^)

P/s : Dalam dilema sama ada nak tunjukkan diri yang sebenar atau tidak..huhuhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...