Wednesday, April 13, 2011

Ini reason sebab aku tak update semalam tau..^^

Salam pagi buat para readers yang sentiasa menantikan bahan2 panas dalam dunia internet ni.. Tapi aku bukan ada citer2 panas yang aku nak kongsikan pun.. Aku punya citer just suam2 kuku je.. Itu pun kalau suam, kalau tak mungkin citer aku ni sejuk beku je..hehe

Eh, apa benda yang aku sudah carut lalutkan ni.. Err, pagi ni nak tanya dekat korang, korang perasan tak yang semalam aku tak update seharian..?? Kalau korang perasan maknanya misi aku untuk tak update selama sehari telah berjaya.. Tapi semalam aku bukan saja2 tak nak update.. Ada cerita disebalik nya, jeng.. jeng... jeng.......

Alah, nak buat muzik latar pulak aku ni.. Sebenarnya semalam dekat rumah aku menghadapi masalah internet.. Semalam juga aku jadi macam orang gila sebab takde benda yang nak dibuat.. Maklumlah, biasanya aku akan bukak blog, tapi bila dah takde internet ni, terpaksa lah main sorang2..huhu

Err, maksud main sorang2 tu ialah aku main game tau, korang jangan ingat aku main sorang2 tu macam aku cakap sorang2 pulak.. Untuk menyelesaikan masalah tu, aku pun segera menghubungi pihak TM.. Ni nak puji lah sikit TM ni, korang tau tak..?? Laa, tak tau ke, meh sini aku citerkan..

Pagi tadi aku buat report tentang problem modem aku ni, dalam pagi ni juga dorang dapat selesaikan.. Kira pantas dan efficien juga lah.. Eh2, cuba tengok tu siapa yang kembang hidung tu.. Kalau nak tengok sapa korang klik dekat sini ye.. >> klik je dekat sini.. Kenapa aku suruh korang pergi dekat blog dia, sebab dia kerja dekat TM setahu aku (kalau salah pun, sapa yang kisah..)

Okay, cuma itu je nak bagitau dekat korang.. Bagitau apa..?? Bagitau kenapa aku tak update semalam lah.. Sekarang sudah boleh melayari bahtera internet dengan hati yang gumbira..hahahaha

P/s : Nak pergi mintak nombor tipon dekat blogger tu sebab kalau ada apahal tentang tm boleh tanya dia..hehehe

Monday, April 11, 2011

Benda yang tak best ketika mendownload...

Salam buat para readers yang sentiasa duduk menghadap laptop/ komputer/ lappy/ hadphone/ blackberry/ dan yang sama waktu dengannya.. Salan ini juga ditujukan kepada sesiapa yang sedang terbaring kemengahan akibat makan malam terlalu banyak..hehe

Siapa yang suka main download2 ni sila angkat tangan macam saya (baca ikut gaya usup wilcha ye..hehe).. Apakah perkara yang paling korang tak suka ketika mendownload ni, ceciter ceciter.. Mesti macam2 yang benda yang korang tak suka kan.. Tapi kalau dah tak suka tu buat apa download..??

Aku antara jenis yang suka download software2 yang berlambak dekat internet ni.. Untuk apa aku download software..?? Hmm, pada mulanya aku plan nak jual, tapi takut kena tangkap so aku buat collection je..hehe. Tapi aku bukan nak citer tentang koleksi software aku, tapi... Ah, korang kan dah tau..

Antara perkara yang aku tak suka ketika download..

* Masa yang lama..
= Kalau dah file besar, memang lah masa lama.. Tapi apa boleh buat, terpaksa lah berkorban juga..huhu

* Kelajuan internet ibarat ular sawa yang terbongkang kekenyangan..
= Pernah tak nampak macam mana ular sawa kenyang.. Kadang2 tak gerak pun kan..Masalah yang aku rasa bukan setakat aku je, tapi korang pun kena sama..

* Orang tutup modem
= Untuk kes aku ni, adik2 aku ni suka sangat tutup modem sebab katanya nanti bil api naik.. Untuk mengelakkan benda tu terjadi, maka bila aku nak download aku kena bagitau dekat dorang jangan tutup modem..

Err, aku rasa itu jelah kot yang aku nak taip malam ni.. Lepas ni nak download game pulak, asyik software je.. Selamat malam buat korang ye, dan selamat beristirehat..

Waktu sesuai untuk makan meggi..

Ya, siapa disini yang hantu meggi.. Bukan hantu yang berambut meggi, tapi mereka2 yang terlalu gemar makan meggi.. Sekirannya korang rasa korang antara golongan macam tu, aku ucapkan welcome to the club sebab aku pun sama macam korang..hehe. Owh lupa pulak, salam buat para readers yang ada dekat depan laptop tu..^^

Apa..?? Korang ingat nak makan meggi tak payah masa2 ke.. Kalau korang fikir macam tu korang memang silap lah.. Silap je tak dosa, so korang tak payah gabra okay.. Meh sini aku bagitau korang antara waktu2 yang 'afdal' untuk makan meggi..

Sebelum tu kena bagi korang meleleh air liur tengok gambar ni..hehe.

Dah meleleh ke belum..?? Eh2, ada yang dah pergi hidupkan kuali dah.. Nanti jangan lupa hulur2 dekat sini tau..hehe. Inilah dia masa2 yang bagi aku afdal untuk makan meggi..:

* Ketika tiada makanan yang sepatutnya untuk dimakan..
= Kalau korang mengalami masalah kekurangan bekalan makanan ruji, terutama bagi student.. Korang memang digalakkan untuk makan meggi pada waktu itu.. Ini untuk membuat pelapik dekat perut korang tu, so nanti takdelah kebulur sangat..

* Kekurangan duit..
= Ini pun lebih kurang sama macam dekat atas tu.. Bila takde duit, maka tak boleh lah beli makanan yang sedap lagi menyelerakan.. Di saat itu meggilah yang menjadi pilihan, biasa untuk para student juga..

* Tengah malam..
= Masa ni ialah masa bagi mereka2 yang kedekut dengan member2 or adik2 sebab tak nak berkongsi meggi.. Dekat rumah aku selalu amalkan masa ni sebab dorang semua dah tidur..hehehe

Okay, cuma itulah jelah yang aku nak tulis.. Apa2 pun janganlah terlalu kerap sangat makan meggi ni sebab nanti boleh menyebabkan korang mengalami masalah dalam jangka masa yang lama.. Korang nak tau apa kesannya, err itu korang boleh tanya dekat pakcik google lah ye..^^

P/s (play station) : Meggi itu ialah makanan segera, makanan segera pun tak boleh diamalkan selalu tau.. Jagalah kesihatan anda..^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...