Sunday, April 10, 2011

Mengapa kau pergi dulu...

Aku menyayangi diri mu umpama menatang minyak yang penuh.. Aku curahkan kasih sayang ku kepada diri mu yang sudah ku yakini menjadi milik ku.. Sudah ku laburkan semua benda yang ada didalam hidupku hanya untuk diri mu.. Namun mengapa kau sanggup mendustai diri ku..

kini aku kesunyian
Kau katakan bahawa kita akan kekal bersama.. Tapi ternyata itu hanya sandiwara mu sahaja.. Sandiwara yang sengaja kau lakukan agar aku tidak kecewa nanti.. Namun tindakan kau itu membuatkan aku memberi harapan yang tinggi kepada kau.. Tidakkah kau tau yang aku sangat sayang kepada dirimu..

Malam ini aku kesunyian.. Tiada lagi suara mu aku dengari.. Tiada lagi gelak tawa kita bersama seperti waktu dahulu.. Masih kah kau ingat ketika kita pergi ke taman.. Ya, taman yang pernah menjadi saksi untuk aku melamari mu demi menjadi penemanku sehingga ke akhir hayat.. Pada waktu itu kau pun tidak menjangkakannya bukan..

Tapi kenapa kau yang pergi dulu.. Kenapa kau perlu menipu diri aku ini.. Selama ini aku percaya kan diri mu.. Aku serahkan segala kepercayaan ku kepada dirimu.. Namun sanggup kau berbohong.. Bukan kah kita pernah berjanji untuk tidak merahsiakan apa2 demi perhubungan kita ini..

Terlampau payah bagi aku untuk menerima ketiadaan dirimu ini.. Hidupku memang ternyata lebih sunyi apabila ketiadaan dirimu.. Kalau lah boleh ku undurkan masa, pasti akan aku luangkan lebih masa untuk bersama mu.. Akan aku luahkan betapa aku cintakan dirimu..

Pulanglah kasihku.. aku terlalu rindu sangat padamu..

Si isteri : Bang..!! saya baru sehari tidur dekat rumah mak, tapi bercakap macam saya dah takde..grrr

Si suami : Eh ye ke, hehehe

Tamatlah perbualan antara suami isteri pada malam itu.. Salam malam buat korang ye..^^

Aku tak nak update blog hari ni..

Salam buat para readers yang sedang bersantai di rumah tu.. Hujung minggu ni korang terasa bosan ke..?? Kalau bosan korang dijemput untuk datang melawat ke blog aku ni hah.. Eh,2 korang dah datang rupanya, aku belum habis jemput lagi korang dah sampai ye..hehehe

Hari ni sebenarnya aku plan tak nak update blog.. Tapi apakan daya, blog ni mempunyai kuasa daya tarikan yang melampau2 sampai kan aku tidur malam tadi pun termimpi kan blog ni.. Dari pagi tadi aku buka blog ni tapi tak update apa2 sebab... Eh, kan aku dah cakap yang aku taknak upadate tadi..

Tapi bila aku tengok dekat Dashboard aku tu, korang semua asyik update je, ni yang buat aku jeles ni.. Walau macam mana pun untuk entry kali ni aku tak tau lah nak update apa sebab otak tengah blank.. Ditambah lagi dengan hari ni ramai pula sedara2 aku datang dekat rumah membuatkan aku sibuk..

Okay, cuma itu je yang aku nak tulis.. Kalau korang ada apa2 yang tak puas hati sila komen okay.. Eh, ada ke orang tak puas hati bila aku buat ertry macam ni.. Kalau ada sila bagi nama dan no ic ye..hehe, gurau je.. Salam istirehat buat korang semua ye..^^

P/s : Ini bukan update, ini cuma pemberitahuan sahaja..hehehe

Tolonglah pergi..T_T

Kenapa lah baru sekarang baru kau  nak datang.. Kenapa lah baru sekarang kau nak menunjukkan diri kau.. Aku tak nak kau lagi.. Aku tak nak kau datang menganggu hidup aku lagi.. Kehadiran kau ini hanya membuatkan diri aku menjadi tak tentu hala kau tau tak..

Aku tak tau apa kau nak, tapi setahu aku segala kemahuan kau sudah aku sediakan.. Kau mahukan makanan, aku dah bagi.. Kau mahukan tempat yang tenang, pun aku dah bagi walaupun sekejap sahaja.. Apa lagi yang kau nak, aku merayu pada kau jangan lah datang lagi..

Kau tau tak apa akan jadi bila kau datang.. Kau akan membuatkan segala kerja aku tergendala kerana terlalu melayan kerenah kau.. Aku tau yang aku tak patut layan kau.. Tapi semakin aku tak layan semakin kau mengada2 pula.. Sudah lah, aku dah penat tau tak..


Aku dah penat melayan sakit kepala ni.. huhuhu.. Aku tengah sakit kepala sekarang ni, tak boleh nak tidur, tak boleh nak buat apa2.. Sekarang ni pun mujur dah mula kurang sikit, kalau macam petang tadi.. Haish, tak dapat aku nak bayangkan sakitnya..

Lepas makan panadol petang tadi mahu jugalah tertidur, tapi bila malam ni datang lagi sakit kepala ni, macam mana nak tidur..?? Aarggh, tengah serabut sangat ni.. Sesiapa yang ada petua boleh turunkan sikit dekat aku.. Aku nak sakit kepala ni hilang dalam masa 5 saat dan lepas tu boleh buat mata laser...

Eh2, terover pulak aku mintak ni..hehe.. Jangan marah ye, okay lah aku nak pergi surf internet cari petua2 yang boleh aku amalkan buat malam ni.. Err, kata orang kalau setkan minda untuk tak rasa sakit, nanti menjadi, nak test lah.. Tak sakit kepala, tak sakit kepala, tak sakit kepala... Selamat malam korang..^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...