Friday, July 27, 2012

Sapa nak jadi awek saya..??

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

agak2 dia nak tak jadi awek aku...hehhe (google image)

Amboi2 aku ni, dah desperate sangat ke sampai nak kena bagitau kat sini..?? Apakah aku ni sudah tiada perasaan malu atau aku sudah tidak percaya pada ketentuan Ilahi bahawa jodoh aku itu sudah tersedia dan hanya menanti masa sahaja...??

Hahahaha, takde lah.. Sebenarnya aku tengah boring sekarang ni, so sajelah nak merepek meraban dekat blog ni.. Korang tak kisah kan untuk baca entry entah apa2 ni.. Kalau korang amik kisah, silalah nyatakan di ruangan komen dibawah..

Tapi kalau korang nak tulis gak kat tempat komen tu, aku tidak lah menghalang.. Yelah, siapa lah aku untuk menghalang niat suci lagi murni korang tu.. Okay lah, aku nak buat operasi singgah sahur blog korang pulak..

P/s : Psst, takde sapa nak jadi awek aku ke...hehehe

Nak tukar mood..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua...

Pilih mood anda pada hari ini...

Haih, sekarang ni kan tengah mood puasa, asal aku ni mengada2 sangat nak tukar2 mood ni..?? Aku tak nak puasa ke..?? Ish2, teruk benor lah aku ni kalau tak nak puasa, dah lah bulan ramadhan ni datang sekali dalam setahun, takkan itu pun aku tak boleh nak sabar kot..

Sebenarnya aku bukan nak tukar mood puasa ni, aku nak tukar mood blog aku ni.. Kalau korang tengok dekat blog aku ni, kan gelap je.. Tak meriah langsung, dah tu siap ada gambar tengkorak lagi tu.. Buatkan korang rasa takut je bila singgah blog ni...

Apa...?? Korang kata korang tak takut pun tengok gambar tengkorak tu..?? Alah, korang tipu je, sebab korang tak nak rasa segan kan..hehehe.  Jadi apa kata korang cadangkan dekat aku, warna apa yang patut aku apply kan dekat blog ni..??

Adakah warna2 yang ceria lagi menggembirakan atau warna2 suram lagi menggerunkan...?? Sebarang ulasan boleh lah diajukan di ruangan komen dibawah ye.. Jika aku berkesempatan, aku balas lah balik komen tu and singgah kat blog korang pulak..

Thursday, July 26, 2012

Jom buat duit raya..

Salam dan hai kepada para readers serta para pembaca semua..

Haih, baru minggu pertama puasa dah heboh pasal raya.. Teruk betul lah aku ni, tapi aku tengok aritu time ari pertama puasa pun dah ada iklan raya, so aku ni tak lah teruk sangat..hehehe. Hmm, kalau ikutkan tajuk tu, nampaknya aku nak ajak korang buat duit raya..
Kalau aku bagi duit ni kat budak2, dorang nak tak..hehe

Korang nak ke tak..?? Kalau nak cepat lah packing2, aku nak pergi buat cepat ni.. Sudah2, entah apa2 lah aku merepek kan ni.. Aku nak tunjukkan dekat korang cara cepat nak buat duit raya.. Okay, firstly kenalah ada duit, betul tak..??

Lepas dah ada duit tu, korang cari lah satu mesin fotostat, tak kisah lah korang cari kat kedai basikal ke, atau di kedai bunga, janji ada mesin tu.. Sebab korang kena cari mesin itu ialah supaya nanti boleh lah korang fotostat duit tu banyak2..hehehe

Okay2, ni yang betul2 punya, takde dah main2.. Aku nak kenalkan korang dengan satu website ni, nama website ni ialah prelaunchX.. Website ini menawarkan korang cara mudah untuk mendapatkan duit.. Hanya perlu sign up dekat website tu and korang ajak lah orang lain untuk sign up sama...

Kalau korang tanya aku apa itu prelaunchX ni, aku dengan jujurnya nak cakap yang aku sendiri pun tak tau..huhuhu. Aku serius ni, aku terjebak kat benda ni pun sebab kawan aku yang suruh, dan kerana benda ni pun free serta tidak memerlukan aku untuk memasukkan data2 penting, so aku pun join lah..

ini lah logonya...
Aku tak paksa korang untuk join, tapi korang sign up jelah, sebab dah nama benda free, so try jelah ye.. Mana lah tau kalau2 menjadi pulak, dapat lah jugak duit sikit betul tak...hehe. Jadi apa yang korang perlu buat ialah klik pada link ini >> PrelaunchX (tekan Ctrl + klik untuk new tab)..

Klik pada Sign Up and isi lah apa yang patut diisi dekat situ.. Selepas korang dah berjaya buat, korang ikut lah tutorial dekat blog ni..>> blog tutorial. Aku juga nak ingatkan yang aku sendiri tak expect sama ada benda ini betul atau tak, tapi mengikut dari apa yang aku baca dekat blog2 luar, kata dorang benda ni boleh dipercayai..

So, apa lagi. Gunakan peluang keemasan ini dengan sebaik2nya... Chewah, dah macam pengiklan pulak aku ni kan...hehehe

P/s : Sorilah kalau entry ni panjang sangat, aku dah tak tau macam mana lagi aku nak pendekkan entry ni..

Waaaa, kenapa lah dengan aku ni...TTATT

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Nak update blog..
Tapi takde mood dengan idea pulak...
Hmm, macam apa yang korang baca dekat caption gambar tu, itulah masalah yang aku sedang alami sejak dua ribu tiga ratus lima puluh tahun lalu.. Ini pun aku dah cuba sedaya upaya aku untuk menaip, dan aku rasa ayat ni aku dah ulang berapa ratus kali entah..

Korang pun entah2 dah lupa dengan blog aku ni. And again aku rasa ayat tadi pun aku dah banyak kali tulis dekat entry2 sebelum ni.. Hmm, apalah ayat yang aku belum tulis lagi ye..?? Sebenarnya dah lama aku nak post entry ni, tapi asal aku nak tekan butang "Terbitkan", tibe2 je aku rasa macam malas nak tekan..

Korang mesti tak caya dengan apa yang aku tuliskan tu, tapi suka ati korang lah nak percaya atau tak.. Namun itulah kenyataanya, dari sebelum puasa, sampai lah sekarang ni.. Hmm, lama betul entry ni terperam dalam draft...huhu

Owh ye, lupa pulak aku nak ucapkan SALAM RAMADHAN & SEMOGA SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA.. Ye, aku tau lah yang aku lambat nak wish, tapi korang tak kisah kan...hehhe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...